Assalamualaikum wbt......
Ini sebahagian kisah "Semi Family Day" di Teluk Batik awal bulan Dis hari tu..
Hari (sabtu) tu ucu sekeluarga n keluarga kakak (K.Yati) bertolak dari kampung masih gelap lagi lebih kurang jam 6.30 pg. Suka bertolak awal sebab jalan masih lengang kalau waktu macam ni.
Alhamdulilah seperti yang dirancang semuanya berjalan lancar dan terpancar kegembiraan dihati masing2 apabila dapat sesekali berkumpul adik beradik walaupun hanya sebahagian sahaja yg ada, tetapi ia tetap menjadi memori yang sangat2 indah.
Ucu sempat buatkan Cake Chocolate Indulgence (khamis) untuk anak buah yang lahir dalam bulan Dis iaitu...2/12 si kakak (Ila) dan 3/12 si adik (Wawa) konon2 celebrate birthday kat tepi pantai lah..
Dan yang kt bawah ni pulak, butter cake. Balik2 dari kerja (jumaat) tu ucu terus baking ..mlm deko lebih kurang dan inilah hasil kerja last minute ...dan malam tu jugak kami balik kampung jam 11.00 mlm.
Butter cake (frosting - Cheese)...saja untuk makan2..
Kat bawah ni sebahagian gambar2 ucu disana...
Ini makanan yang dibawa...
K.Yati - Sandwich (sardin), sambal bilis goreng. Jagung seperiuk,
rambutan (semua hasil tanam sendiri)
K.Ija - Daging rendang, ayam masak merah, ikan masak asam,
ikan pekasam, udang sambal petai dgn nasi putih
A.Mat - Pulut, sardin dan ikan kering
Ucu - macam biasa....nugget n kek saja....
Sebelum berkubang kami.....sarapan dulu...
Masa naik banana boat...mula2 rasa cuak jugak tapi lepas tu rasa macam nak lagi jer .....
Pak Su dan anak2 buah ucu ...
Ucu pulak ikut team anak buah lelaki n abang ipar ...
Yang ni pulak perlawanan bola antara perempuan n lelaki (mak2, bapak2 n anak2..)
Diawal perancangan nak balik dalam pukul 2.00 ptg....tapi terlajak sampai jam 4.30ptg.
Inilah sebahagian adik beradik ucu n anak2 buah.....
(pic ni masa nk balik -tengok muka masing2 dah tukar warna...)
InsyaAllah panjang umur...dalam bulan Feb @ Mac 2012 ucu n keluarga akan buat family day sekali lagi..kali ni semua joint sebab dah buat collection wajib tiap2 bulan...mungkin kami pegi PD atau Melaka...
Okey..sampai sini dulu...by..by...
Wassalam.
10 ulasan:
kalo ke melaka ucu pergi la ke Pantai Kuala linggi (kampung nelayan) - air dia cantik lagi...bersihhh..nti ucu blh tengok matahari di waktu senja...blh lepak2 atas batu....utk santai2 memang sesuai....ada chalet kt situ....heheheh promosi pulak...
bestnya dapat berkelah beramai2.. tenang minda
best...memang best! Kak Amie hanya sempat berkubang di pantai Jeram yang berlumpur tu sambil korek remis dalam pasir... tapi kulit pun sempat bertukar warna dari cokelat muda ke cokelat tuwe...
bestnya kumpul ramai2 camni...
and as always...
iols terliur aje tengok gambo kek2 ucu ni!
bestnya ucu..gather2 sama family...akak rasa dah lama sgt tak bercuti2 ....
pertama best tengok makanan...yg paling berkenan adalah jagung
pastu best tengok pantai
dan dapat bersama2 family
Salam Ucu.. meriahnya family day.. fuhh kat sini kalau nak pegi berkelah kat pantai kena pk byk kali hehehe :p
bestnyer gather2 family cam gini.....makin rapat ikatan persaudaraan kan..suka tgk, cantik tmpt tu, makanan pun sedap2 belaka..haii meriah sgt nmpk
bestnyer... bergather dengan familykan..
seronoknya Ucu sekeluarga & adik beradik... meriah sgt tgk makanannya.. dah ala2 kenduri dah tu...
comel kek yg ucu deco tu..
Catat Ulasan