Pages

Memaparkan catatan dengan label Minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minuman. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Disember 2011

Air Kelapa Lemon



Assalamualaikum wbt...
Salam pembasah tekak .....

Asyik-asyik kek,  cup cake, resipi lauk-pauk  bagai..hari  ni  nak lain sikit.... air kelapa muda. Ada 2 jenis iaitu, original n spicy..(macam kt KFC lah pulak.....)

Original bermaksud - tulin @  asli ..maknanya air kelapa tu rasa air kelapa lah...
Spicy pulak - bila dah bercampur dengan lemon ada la iras2 rasa sprite....(ada kena mengena ke dgn ayat spicy...hantam saja labu..)

Bersesuaian lah pulak dengan cuaca yang panas terik hari tu..jadi air ni betul2 menepati masa untuk diteguk...

Yang ada keris ni ..air kelapa original..

Neh ...sapa2 yang rasa mcm pelik tapi benar..cuba2 lah buat...

Resepi Air  Kelapa Lemon

Bahan-bahan utama :
1 biji kelapa muda - diambil air dan isinya
1 biji lemon - diperah ambil jusnya
2 sb gula - ikut kemanisan masing-masing
Kiub ais


Cara-cara yang betul2  menjimatkan masa :  Campur semua bahan diatas...
apabila sudah betul2 sejuk...mari kita  minum kasi licin....
Yang ini pulak versi spicy...


Aaarghhhh....alhamdullilah...hilang sudah dahaga...

Jemput minum...ada 2 gelas lagi ni yang belum terusik...sapa2 nak, mai la datang dan teguklah....ayaq liur sendiri (maaf ye ini dah dikira ayat melampau)... 

Sekian..wassalam....







Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...