Pages

Khamis, 20 Disember 2012

Sos puding roti durian n k.karemal




Assalamualaikum wbt....

Dah sarapan ke belum...ucu skarang ni sambil tekan keyboard (utk siapkn entry ni) sampai menyuap makaroni goreng. Kiranye subuh tadi ucu ada semangat kerajinan yg melampau buat sarapan,maklum ler..selalunya terus masak utk mkn tengahari anak2.....itu yg dok habaq kerajinan melampau tu..hahahaha...

Semalam sebab terlampau excited (link) ditambah dgn bangga mengkopipes resepi dari Sweet Tulip a.k.a ST sampai terlupa lah pulak nk tempek sos puding....
jadi hari ni ucu tepekkan resepinye..(masih lagi dgn projek kopipes ye)

Bahan-bahan untuk sos kastard :
Susu cair 1 tin, 3 sudu makan gula pasir, kuning telur 2 biji, serbuk kayu manis & garam

Cara menyediakan :
1. Gaulkan susu cair bersama gula pasir & kuning telur. Panaskan di atas dapur masak. Masukkan secubit serbuk kayu manis dan garam untuk perasa.
2. Kacau sehingga adunan pekat berkrim. Jangan tinggalkan adunan semasa memasak agar sos tidak berketul-ketul.
3. Setelah sos kastard masak, boleh dimakan bersama dengan puding roti durian yang disejukkan.

* Ada sesetengah orang yang menggunakan tepung kastard untuk mebuat sos tapi ST tak gunakan. Ada juga  yang menggunakan perwarna kuning telur dan esen vanilla dicampur dalam sos kastrad. 



**************************************************************

macam biasalah yer kengkawan....
iklan tetap ada...

kek karemal (2 biji)  untuk  hari keluarga Pn Liya....






Okey lah ye kengkawan..ucu stop dulu...sebab sekarang ni ucu tengah "study hard" kt majalah Laman (Impiana) edisi tahun 2008 (lama tu...) 
kekonon nak bagi cantik sikitlah dari sebelum ni...
skarang ni tengah projek tanam pokok yg berdaun jer....senang. Bukan tak suka yg berbunga, suka...cuma takut nanti ralit dgn bunga2, kek2 kt ovan hangus lah pulak....


ada masa nanti ucu tayang projek pokok2 yg ucu tanam n hidup dengan subur sepertimana tuan tanah gedaungnye.... :-)
yg paling best kebanyakan pokok tu feriiii.....


Wassalam...













Rabu, 19 Disember 2012

Rezeki jgn ditolak....dan tempahan burung marah





Assalamualaikum wbt......

Kata pepatah.....
rezeki jangan ditolak,
 musuh jangan dicari,
- ini pepatah orang2 berpengalaman -

rezeki depan mata,makan sampai habis
takut nanti rezeki nanggis....
- ini pulak pepatah dari hati sanubari suci ucu.....kwang..kwang..kawang.....

Nak dijadikan cerita...
masa hujan tengah lebat di petang hari minggu lepas..ucu dapat lambaian keramat dari sweet tulip  staf kt opis depan  opis ucu....
ucu mcm biasalah..pantang dilambai..tersengeh2 pastu  menyinggahlah jawapnye (sbb masa tu nk ke surau utk solat asar)...
adalah dalam 2 org lagi yg dilambai utk joint  group ni, bila dah cukup korum,  kami dihidangkan dengan Puding Roti Durian...
apa lagi ...macam pepatah yang ucu tulis kt atas tadi tu le jawapannye...
habis..licin..siap pesan, kalau ada  lagi makanan yg husband dia tak makan, jgn lupe bawak ke opis,kami sedia tolong beresss kan..hihihi

gambor ni pun ucu kopipes jugak...

Siap kopipes lagi kt blog dia resepinye...
tapi entry hari ni ucu tepekkan dulu "penghasilan" kopipes ucu ni yer...nak tunjukan yg ucu buat, nampak gayanye macam tak terbuat lagi kot dalam 2, 3 minggu ni...sibuk sesangat..

Resepi Puding Roti Durian
Sumber : Sweet Tulip 

Bahan-bahan untuk puding roti durian :

Roti putih, susu cair 1 tin, 1 biji telur, butter, marjerin dorina, kismis & sebekas isi durian

Cara menyediakan :
1. Sapukan 8 keping roti putih dengan marjerin dorina. Kalu nak guna planta pun boleh, ST suka margerin dorina sebab rasa yang sedang2 dan hasil dari lemak sayuran.

2. Gaulkan susu cair dengan telur, kismis dan isi durian. Tak perlu gaul sehingga kembang, sekadar nak sebatikan telur dan isi durian jer.

3. Koyak2 / potong2 roti dan rendam selama 15 minit dalam adunan susu cair yang telah digaul bersama telur, kismis dan isi durian tadi. Setelah roti telah sebati dengan adunan susu tadi, kacau adunan tersebut suapay semua roti lembut dan boleh lenyek2 skit roti tu supaya macam ala-ala hancur gitu.

4. Ambil bekas membakar / loyang dan sapukan butter di bahagian dalam bagi mengelakkan puding melekat pada dinding bekas.

5. Panaskan ketuhar. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas membakar / loyang. Bakar pada suhu 170celcius selama 35 - 40 minit.

6. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biar sebentar di luar. Setelah agak sejuk, masukkan puding roti durian ke dalam peti ais untuk di sejukkan.

7. Sedikit pesanan, lau nak bakar tu, kan ketuhar ade 2 pembakar. Agak2 dah 20 - 25 minit membakar, tukar guna pembakar bawah sahaja. 


ini ler pelengkap n perabeh puding roti durian tu......

Alhamdullilah petang tu ucu balik  rumah dengan terasa2 lagi puding dorian tu kat tekak....
terima kasih banyak2 ye ST sebab sudi memenuhkan perut kami yg memang tengah berkeroncong di petang hari tu....

***************************************************************

yang kat bawah ni pun rezeki jugak...alhamdullilah...
tempahan burung marah ...






terima kasih Pn Farah (Kg Budiman, Meru) sebab sudi merasa kek ucu...

Yang kt bawah ni pulak..
regular customer ucu ...Cikgu Mala utk putera sulung...




semoga adik danial (1 thn) dan adik nabil (10 thn) menjadi anak yg soleh dunia n akhirat...

okey ucu stop dulu...
wassalam...




Selasa, 18 Disember 2012

KFC untuk rakyat RTM..


Assalamualaikum wbt.......

Pejam celik..pejam celikk..dah pertengahan bulan disember, jap lagi dah nak bukak sekolah. 
Sementara rakyat jelata semua ada kat rumah ni yg tengah seronok membina badan sepanjang masa macam RTM (rehat,makan,tidur) jadi menu yang simple, ala2 KFC ucu sediakan. 
Tapi kalau sekor ayam mmg tak cukup kena 2 ekor, bukan lah sekali hidang dah licin...kebatakan yg melampau kalau habis skali hadap....hahahaha...
tujuan masak banyak supaya sampai ke malam...senang ucu nak berjimba2 tak payah masak lagi utk mlm.



Untuk ayam goreng tepung tu ucu guna tepung KFC adabi jer..jadi tak payah lah nak tempek2 resepinye kan...semua orang tahu buat. 
kalau tak tahu jugak bacalah 10x cara@arahan  kat belakang kotak tu pastu hapalkan, Insyaallah ayam tu tetap akan rasa macam ala2 KFC jugak..hihihi.
sebenarnya ada  bermacam2 resepi n cara nak bagi ayam ni rangup, garing, pedas, dll..cuma tinggal rajinkan diri godek2 jer internet cari resepinye pastu cubalah buat. 


Yang ucu nak tunjukkan cuma resepi kentang putar n sosnye sahaja  yg ucu ambik dari dapur Madiha aka Ratna yang pada asal sumber dari  Daun Pandan@Myresepi, terima kasih untuk kedua2 insan yg baikhati dan sudi memanjangkn resepi ini.


Resepi Kentang Putar ( ala KFC)
 Sumber  : Madiha a.k.a Ratna /ucubakery


Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

• 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
• 1 sk lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Rebus kentang dgn sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

Bahan-bahan Sos ( 3 - 4 orang )

• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam (ucu guna brand Maggi)
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat
• garam

Cara-cara:

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.




Maka dengan ini diumumkan ucu dah tak payah susah2 order or 'q' or take away lagi kat kedai Pakcik janggut putih tu....anak2 pun  makan puas, ucu pun jimat $$$$$$.....

Ok bai..bai...wassalam.....






Jumaat, 7 Disember 2012

Tempahan RVC...



Assalamualaikum wbt...

Otak karat semalan tu sebab  tepu sebenarnya.....dalam bahasa saintifik...tengah malas jer.........

sebenarnye takde cerita apa2 pun disebalik otak karat ni cikgu MP, saje nak pendekkan ayat yer.. .....
untuk k.zana pulak  yang tak reti2 berehat asyik berjalan2 habis satu  malaysia di round (buat jeles jer...) tak cukup kt malaysia siap terbang pulak ke bandung ditambah bershopping bagai ... 
tapi yg paling ucu jeles sesangat...akak dapat makan manggis berbaldi2..fav. ucu tu.....

hari ni ucu nak tayang rvc pulak....

tempahan dari ucu ien (kalau x silap namanye..) dri Kampung Kuantan, Klang...
untuk makan2 ...




yang kat bawah ni pulak...
 untuk jamuan hari raya puasa Sek.Menengah.Tahfiz Al Hafiz, Jeram...
yang tempah ni isteri sepupu Pak Su yg jadi warden asrama puteri...nama dah lupe lah pulak..
maklumlah jumpa pun setahun sekali masa raya...
tempahan ni pun untuk hari raya tadi...lama kan.




okey bai..bai... ucu nak sambung kerja....

Wassalam...







Khamis, 6 Disember 2012

Tiramisu ....


Assalamualaikum wbt


Tiramisu.....
untuk anak buah ucu yg skrang ni tengah study kt Cairo 





tiramisu ni bukan lah ucu terbangkan ke sana... 
buang karen jer dan yang palinggggg2 penting..eden pun nak jugak tolong licinkan......hahahaha



kami kenduri arwahkan tiramisu ni kt kampung masa dia balik bercuti bulan Ogos tadi...



Pepagi ni jiwa karat sikitlah..jd ucu stop dululah yer...

Wassalam...








Rabu, 5 Disember 2012

SUP TULANG & DAGING.....



Assalamualaikum wbt...

Hari ni ucu hidangkan lauk sup daging dengan tulang2nye sekali......

Kalau makan sup tulang ni yg best mesti ada ikan kering tak pon telur asin. Kalau rajin sikit buatkan sambal belacan...peerggghhh rasa makan kat restoran  ANI SUP UTARA lah pulak...
Setiap kali mkn kt ani sup utara ni...orang yg paling untung mestilah yg duduk kat sebelah ucu...sebabnye ucu tak pandai mkn telor asin yg kuning..putih jer yg ditelan yg kuning bagi kt orang sebelah....dah berkali2 belajar mkn tapi menten tak boleh masuk tekak...


Sup tulang ni versi sedap kat tekak kami sekeluarga jer sebab kami lebih suka sup@air yang jernih..kalau keruh2 tu macam kureng sikit lah....melainkan kalau orang bagi..Insyaallah habis licin jugak...hihihi...

ada sesetengah orang masak campurkan 2/3 sudu rempah sup serbuk, atau ada pulak yang  bubuh rempah kurma sikit nak bagi pekat  supnya, tapi ucu belum cuba lah lagi.




Resepi Sup Tulang 
Sumber : ucubakery  

Bahan - bahan :

1kg tulang + 1/2kg daging lembu
2 biji bawang besar - dihiris *
5 ulas bawang putih - dihiris *
1 1/2 inci halia - diketuk @ dihiris
1 bungkus sup tulang bunjut  - brand adabi 
1sb lada hitam - ditumbuk
1sb lada putih  - ditumbuk
2 kuntum bunga lawang *
1 inci kayu manis *
Asam gelugur
Garam
Air 

Bahan sampingan ;
Kentang direbus - potong kiub
1 batang celery
Daun sup
Bawang goreng

Cara masak :

  1. Bersihkan tulang 
  2. Masak dulu air  dalam 1/2 periuk hingga mendidih
  3. Baru masukkan tulang - guna api sederhana, kalau api kuat takut liat dan keras.
  4. Buang minyak2 yg ada dalam periuk sup tadi.
  5. Masukkan juga sup bunjut/lada hitam/lada putih
  6. Dalam periuk berasingan - tumiskan yang bertanda *
  7. Kemudian masuk bahan yang ditumis ke dalam periuk sup tulang tadi - jika kurang air boleh tambah
  8. Masukkan halia
  9. Masukan garam dan asam gelugur
  10. Apabila rasa dah sebati/sekata dan daging pun sudah empuk barulah matikan api
  11. Barulah masukan batang celery/daun sup dan bawang goreng

** tujuan halia dimasukkan lambat supaya daging cepat lembut...itu petua tukang masak kenduri kahwin yg kata.



Tapi kali  ni takde sambal kicap, tak de sambal belacan..yang ada cuma sambal cili padi yang ucu curahkan air sup dan perahkan limau...



okey..
Wassalam









Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...