Pages

Selasa, 26 Julai 2011

Tomyam Putih Suci & Polkadot Pn Khadijah.

Assalamualaikum...
Hari ni kita makan tomyam putih pulak ye...kalau sebelum ni ucu selalu masak yang warna merah..(pakai yang segera punya..) tapi kali ni original punya.
Resipi ni ucu dapat dari anak buah (anak saudara punya isteri), Habibah.
Habibah ni ada restroran sendiri di Segamat, tapi ucu lupa pulak nak tanya ape nama restoran tu...(muda lagi kalau x silap umur pun belum lagi sampai 30an) dan ini salah satu menu utama.




Pada kengkawan yang nak cuba2 buat tomyam putih ni boleh lah tengok resipi  kat bawah ni...Tapi bagi yang tersangat teror n power buat tomyam dengan cara ni..bolehlah komen, mana yang kurang, mana yang terlebih, sbb ini adalah masakan pertama ucu.

Resepi : Ucu Bakery
TOMYAM PUTIH SUCI

Bahan-bahan,
Daging ayam - dipotong kecil@ potong tomyam (agak2 makan utk satu keluarga kecil)
4 ulas bawang putih - ditumbuk@ dicincang halus
4 biji bawan besar - dipotong bulat
1 inci lengkuas - diketuk
5 batang serai - diketuk
7@8 helai daun limau purut
2 sudu besar sos ikan
Air limau kastur/limau nipis
3/4 cawan santan@susu cair
Cili padi
Garam
Kobis bunga
Lobak
1 liter air

Cara-cara,
tumis bawang putih yang telah ditumbuk
Masukkan serai 
Kemudian masukkan air biar sampai mendidih baru masukkan daging ayam
Masukkan daun limau purut
Masukkan sos ikan 
Masukkan 3/4 cawan santan - dikacau selalu
Masukkan garam
Apabila daging sudah betul2 masak baru masukkan sayur (kobis bunga + lobak)
Agak2 tomyam ni dah masak matikan api
Barulah bubuh air perahan limau 
** tujuan masukkan air limau ni lambat supaya masam tomyam tetap segar.

Apalagi jom makan...



PART II - Apam Polkadot Pn Khadijah

Entry yang kt bawah ni pulak sebenarnya minggu lepas punya... (17/7/2011) order dari Pn Khadijah, kawan satu tempat kerja Pak Su. Masa order tu Pn. khatijah  ni cuma cakap tolong buatkan 1,100 biji bagi pada semua kawan2 kat department.


Rupa2nya untuk celebrate birthday n anniversary (pak su lupa lak nak tanya yg ke berapa tahun..),dapat tahu tu pun bila dah sampai kt tempat kerja.

Ape2 pun ucu bakery doakan semoga Pn Khadijah n Suami dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dikekalkan jodoh hingga keakhir hayat dan dipermudahkan segala urusan di dunia n akhirat, AMIN YA RABBAL ALAMIN...

WASSALAM

Isnin, 25 Julai 2011

Lady Bird di pinggir tasik coklat

Assalamualaikum wbt....entry kali ni kek diorder oleh cikgu Norizah untuk anak2 bujangnya.....(ooppss silap sorang je bujang yang lagi satu tu  masih baby lagi...) hari Jumaat lepas. Lupa lak nak tanya yang mana satu yg dah adik n yang mana satu yang baby....




sekor lagi ladybird tengah terhegeh2 nak manjat keatas bukit...konon ye lah...
cer  tengok tu air sungai coklat dah melimpah....



Semoga adik Airil n Azwan menjadi anak yang soleh dan senantiasa membahagiakan kedua2 ibu n ayah...buat cikgu Norizah n keluarga terima kasih banyak2 sudi order kek dari ucu, Insyaallah bulan Okt nanti ucu buatkan untuk si kakak versi yang  comel2 gitu...
Wassalam...



Jumaat, 22 Julai 2011

Cekodok udang jer....

Assalamualaikum wbt.....
Pagi tadi ucu sarapan cucur udang...tapi rasenya lebih femes kalau dipanggil cekodok udang.
Udang bukan sebarang udang...ini udang halus2 (putih), rasanya pun manis dan memang sesuai untuk dibuat cekodok.


Cucur ni jugak sesuai utk dijadikan salah satu dalam bahan rojak @ pasembor....kata orang penang...
Kalau rajin dan ada jagung lebih2 tu boleh lah dimasukkan ke dalam cekodok ni, ini akan menjadikan rasanya bertambah ummmp.....

Cer tengok cekodok ku penuh dengan udang....nyum..nyum...
Ni bahan bahan dan cara2...
  1. 1/2 kg tepung gandum 
  2. udang - ikut berapa banyak 
  3. 3 biji Bawang besar - diblendar
  4. Sedikit bilis - diblendar
  5. Secubit garam
  6. 1 sk Soda bikarbonat
  7. 1 biji telor
  8. Air suam (agak2 je..ikut kepekatan bancuhan)
  9. Minyak utk mengoreng


Cara-cara...
  1. Bahan yg diblendar tadi dimasukkan kedlm tepung
  2. Bubuh garam/soda/telor 
  3. Bancuh dengan air suam (Tujuan supaya cekodok ni sentiasa lembut sampai bila2) 



Yang ni  sos beli kt kedai...Sos Thai


Sesekali makan cekodok utk sarapan sedap jugak...nak2 minum dengan teh o panas...jemput minum...

Khamis, 21 Julai 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER......


NAK JOIN SAMA KLIK BAWAH NI YE...


Ucu teramat  baru  dalam dunia maya blogger ni...
Bermula pada 04-04-2011 dan sampai hari ni umur blog ucubakery baru 108 hari.
Dengan segmen Bro Ben ni lah yang boleh membantu untuk mencari dan menambah rakan2 .

Sudi2 lah singgah ke blog ucubakery yang masih muda dalam dunia blogger ni.
Dah singgah follow , Dah follow tinggalkan jejak dan komen.






Rabu, 20 Julai 2011

Puding Roti Belang @ terlawan kata

Salam ceria dipagi rabu...semalam ucu ada intai2 dapur kak kasih....intai punya intai ternampaklah dessert yang mengiurkan lagi mengancam gitu...
  Jadi ucu pun dengan penuh semangat berkobar2 semalam sebelum sampai rumah singgah kejap kat kedai beli roti gardenia...sesampai rumah terus tuju dapur, alhmadullillah semua  barang yg lain dah ada. 




Maka bermulalah operasi memuding...betul bagai dikata,  masak puding ni kena cepat, sebab puding ni mudah beku...
Walaupun rasanye ucu ni orang terakhir malaya yang baru tau buat tapi tak kisahlah,  janji hajat dihati dah tertunai.


Adunan Puding roti ni ucu terlawan kata la jugak bukan sikit tapi banyak....antaranya, ucu buat 3 kalor sedangkan resipi dari Kasihredha tak buat macam tu...sebab k.kasih buat dalam versi marble, lagi satu ucu memandai-mandai bubuh esen vanilla...
Kalau sapa2 yg belum cuba boleh cuba resipi ni, ada ucu copy n paste kat bawah ni...

Sumber asal Zarin
Inspirasi  kasihredha


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair 
  • 11gram serbuk agar2 
  • 1/2 cawan gula 
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 
  • 1 sudu kecil esen vanilla (ini pun memandai2 ucu bubuh)
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (ucu guna 1 tbsp choc emulco)
  • 2 sudu besar strawbery emulco (yg ni bab melawan kata tuan tanah)
Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair, esen vanilla dan   balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter yang cair tadi dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3 bahagian, satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!




Maka inilah hasil kejadiannye...walaupun melawan kata ...tapi sedapnye tak terkata....
Akhir kalam...ucu nak meneruskan lagi projek skodeng2 kat dapur kawan2 yang lain pulak...
Wassalam...



Selasa, 19 Julai 2011

Polkadot Cikgu Normala

ASSALAMUALAIKUM....rindu betul kat kawan2 rasa macam dah lama tak berblogging...sihat ke semuanye...tengahari ni ucu nak pi jalan2 cari makan kat dapur korang semua, nak jenguk kawan2 masak ape untuk lunch ...manalah tau ada yang sudi hulur semangku lauk, sepiring kuih, sepotong kek atau pun seloyang kuih talam....kenyang mata memandang, telan lah air liur, maka beralun lah keroncong perutku ni...itu ajelah yang mampu.... sedehhh....

Alhamdulillah, kali ini ucu dimurahkan rezeki dengan tempahan apam polkadot 1,360 biji.. dari Cikgu Normala, untuk cukur jambul anaknye.
Kalau sudi layan lah gambor2 kt bawah ni...







Terima kasih banyak2 Cikgu Normala sekeluarga kerana sudi buat tempahan kat ucu..semoga cikgu n family juga dimurahkan rezeki dan dipermudahan segala urusan didunia n akhirat. Buat baby (yg cukur jambul tu..) semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapa...

Ucu stop kt sini dulu...wassalam.

Jumaat, 15 Julai 2011

Anak2ku..

Assalamualaikum wbt....selamat petang kawan2ku....hari ni ucu takde mood nak masak. Cuma sebahagian cerita tentang anak2 ucu..
Ini kisah 2 adik beradik yang berbeza umur...si adik, 5 tahun dan si abang 15 tahun...jarak antara anak sulungku dengan yang bongsu 10 tahun. Disebabkan jarak itulah masing2 dah ada hobi bila cuti sekolah....layan je lah gambar kt bawah ni ye..



Si adik (akid)..pantang  jumpa air mesti nak basuh basikal antik dia tu...







Along (afiq) dah remaja....suka sangat  betulkan motor yang Pak Su bagi kt dia (padahal tak rosak pun)



Cer tengok no plat motor ni...special tau...sebab itu adalah tahun kelahiran ucu n Pak Su (diterbalikkan)


Inilah kisah sebahagian hobi anak2 ucu....

Selamat petang...dan selamat berhujung minggu...

Khamis, 14 Julai 2011

Talapia Sweet Sour

Assalamualamualaikum wbt....pagi-pagi ni sejuk je kat Meru sampai lah ke office (s/alam)...iyelah salji turun dari subuh tadi...kalau lah tak kerja mahuku  sambung tidur pastu mimpi yang indah-indah, bangun tidur pulak dah terhidang makanan.....alahai seronoknye...selalu jugak terpikir dan berfikir ..agak2 aku ni nak kerja sampai bila hah..?

Hari khamis ni mesti ramai yang puasa sunat Sya'ban...tak pun puasa ganti...jadi kali ni ucu hidangkan lagi resipi /lauk  talapia merah sweet sour....untuk kawan-kawan yang nak berbuka puasa petang ni. Yang tak posa pun boleh joint sekali....


Selalunye s/sour ni guna ikan siakap...tapi kali ini ucu cuma dapat ikan talapia merah (itu je yang ada kt kedai). Ikan talapia ni harap rangke je besar tapi isi kurang.....tapi boleh la buat ganti ikan siakap...
Resipi dan bahan ;

  1. 5 ekor ikan talapia yang telah dibasuh bersih
  2. 5@6 biji bawang merah - ditumbuk
  3. 4 biji bawang putih - ditumbuk
  4. 4 biji bawang besar - dihiris
  5. 1/2 inci halia - ditumbuk
  6. 3 sudu besar sos cili
  7. 2 sudu besar sos tomato
  8. 2 sudu sos tiram
  9. 10 tangkai cili kering @  cili giling- diblender
  10. nenas - ikut citarasa
  11. Garam 
  12. Sedikut gula


Cara masak ;

  1. Goreng ikan dengan kunyit n garam - ketepikan
  2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan
  3. Masukkan cili giling bersama sos cili/sos tomato/sos tiram sehingga naik bau
  4. Kemudian masukan gula, garam dan sedikit air
  5. Masukkan nenas / kiub nenas (dlm tin)
  6. Apabila sambal tadi dah likat itu tandanya dah masak
  7. Siramkan sambal tadi diatas ikan talapia yg dah digoreng tadi.


Betik ni manis sesangat....

Okey lah ye..ucu nak pegi makan dulu... sarapan merangkap lunch..lapor ni. Jemput makan......wassalam

Rabu, 13 Julai 2011

Bawal Hitam Kicap Bersos

Dengan lafaz assalamualaikum ......
Hari ni hari rabu...jadi menu hari ni ikan masak kicap bersos....
sejak dua menjak ni kami sekeluarga banyak makan ikan...kalau dulu2 anak-anak kalau  dihidangkan lauk ikan mesti tak nak makan, nak ayam jugak..tapi skarang  Alhamdulilah, diaorang lebih suka pada ikan pulak...
Ucu suka makan ikan...sebab ikan ni tak kena enjek..ori punya...
Teringat masa mula2 kahwin dulu...kalau pegi pasar dgn Pak Su, uculah orang yang akan bawak bakul dan mengekor  Pak Su dari belakang. Jadi dialah  yang akan pilih ikan sebab ucu ni bler dalam pilih2 @ jenis2 ikan ni......(al maklumlah ucu ni anak bongsu yang terpelihara...)
Tapi  yang pelik tu  dalam tak pandai memasak pun, apa yang Pak Su suruh masak akan dapat ucu tunaikan (hai dah nak mula kembang hidung dah ni...)
DAN sekarang kedudukan ucu kalau ke pasar dgn Pak  Su dah seiring... sebelah menyebelah...(up gred sikit) sbb dah pandai pilih ikan...hehehe... 


Lagi seronok sekarang, bila bukak je  tenet idea nak masak  cepat je datang......sebab semua kawan2 bloger ni pandai2 masak belake...lebih2 lagi bila tengok K.Amie asyik tayang ikan jer..pastu ikan yang pelik2 bunyinye...itu pasal ucu kena mempertingkatkan lagi kerajinan untuk  memasak ikan... 
Berbalik pada resipi hari ni ..ini ucu senaraikan bahan serta cara2nye ;-
  1. Ikan bawal putih @ hitam - telah disiang dan dibasuh bersih2
  2. 3@4 biji bawang merah - dimayang*
  3. 3 biji bawang putih - dimayang*
  4. 1 1/2 inci halia - dimayang*
  5. sedikit bunga lawang*
  6. sedikit kayu manis*
  7. 1 bungkus sup bunjut - kalau xde tak payah bubuh*
  8. 2 sudu besar sos tiram
  9. 3 sudu besar sos cili
  10. Kicap pekat - agak2 je
  11. Kicap manis - pun agak2 je
  12. Sedikit gula/garam
  13. Sedikit lada putih
  14. Air
  15. Minyak untuk menumis

Cara masak ;

  1. Goreng dahulu ikan bawal (dimakeup dgn kunyit n garam saje)
  2. tuang sedikit minyak didalam kuali dan tumis semua bahan yang bertanda *sehingga kekuning2an
  3. baru masukkan sos tiram n sos cili
  4. masukkan kicap pekat/kicap manis dan sedikit air
  5. bubuh sedikit garam n gula
  6. bubuh juga lada sulah
  7. air asam
  8. dah siap...hidangkan lah..
Selamat makan tengahari....wassalam.


Selasa, 12 Julai 2011

Nasi Goreng Mata Kerbau

Assalamualaikum wbt...selamat pagi kawan-kawan.., hari ni hari selasa ucu skip tak puasa...entah kenapa dari malam tadi sampai pagi  perut ni meragam ...asyik ngajak ke bilik termenung aje...
Nasib baik tak lama kt bilik termenung tu...kalau tidak mahu mc hari ni...(harap2 sebenarnye mcm tu lah...tapi  x boleh..sbb tiba2 perut ni baik la pulak...)

Dah sarapan ke belum...? kalau belum ni ada ucu masakkan nasi goreng mata kerbau...(kerbau jugak dapat nama...tapi mata sebelah ajelah ye..)


Kali ini nasi goreng paling simple sebab tak ada langsung bubuh sayur...selongkar punya selongkar fridge satu daun pun takde...jadi masak ajelah ape yang ada..janji breakfast..dan yang paling penting nasi malam tadi masih elok lagi, sayang kalau dibuang...membazir..
Walaupun simple sesangat,  ucu nak penuhkan jugak kt entry ni ...biaq pi la apa orang nak kata...ni ha resipinye..

Sebelum tu tenung dulu pic mata kerbau kat bawah ni yerk..


Bahan dan caranye sekaligus ;
  1. Terlebih dahulu goreng telor bagi hancur - ditos
  2. Kemudian goreng bilis - ditos
  3. Bawang merah/bawang putih/bawang besar /cili padi- dikisar (kalau rajin ditumbuk)
  4. Ambik kuali besar, tumis semua bahan yang dikisar tadi
  5. Apabila dah naik bau baru masukkan nasik sejuk...sentiasa dikacau2..
  6. Bubuh la garam,lada putih@lada sulah..
  7. Akhir sekali baru masukkan telor hancur dan bilis yang dah  goreng tadi....
  8. Dah siap selamat untuk dimakan...

senang sangat kan....




Inilah breakfast ucu pagi tadi nasi goreng mata kerbau dengan air nescafe...jemput makan...Bissmillahirahmanirahim.....



Isnin, 11 Julai 2011

Harijadi Anis

Bissmillahirahmanirahim...Assalamualaikum wbt...rasenya lama betul ucu x buat entry...bukan tak de bahan nak dibuat cerita..tapi disebabkan kesibukan yang teramat sangat...baik dioffice mahupun di rumah.


Syukur ke hadrat Illahi...syukran Ya ALlah... ini adalah tempahan last friday...dari seorang guru untuk anaknya, birthday cake n apam polkadot (250 biji).


TAPI  Ucu teramat2 ralat sebab apabila kek ni siap sahaja dideco boleh  terlupa nak tanya birthday  yang keberapa tahun...untuk anak perempuan ke lelaki..dan yang paling penting  nama si pemotong kek ni.... Auntie minta maaf banyak2 ye sayang...next time auntie tulis nama anis besar2...(nama anis tu pun tau masa ucu hantar)



Kesilapan  ini menjadikan satu  pengajaran pada diri ucu dilain waktu...alhamdulilah c.mala tak cerewat...tapi tak syok lah kan..


Akhirkalam..terima kasih cikgu Normala sekeluarga ...
dan jom breakfast kengkawan....

Khamis, 7 Julai 2011

Ayam asam pedas nenas

Bissmillahirahmanirahim.....hari ni tentunye ramai kawan-kawan yang berpuasa sunat sya'ban...
Kalau entry yang lepas ucu masak pedas ikan pari ...tapi kali ni ucu masak ayam asam pedas nenas....
Resipi ni ucu dapat original dari kakakku Halijah...(yg dtg sabtu tadi..)
Pada yang suka makan asam pedas boleh lah cuba resipi ni pulak...pasti terangkat hidung tahan benda alah tu jatuh....pedas n sedaaaapppp....



Resepi Ayam Pedas Nenas


Bahan2 dan cara masak ;-
  1. 1/2 ekor ayam yg telah dipotong dan dibasuh bersih
  2. 4@5 biji bawang merah*
  3. 4 ulas bawang putih*
  4. 3 biji bawang besar*
  5. 1 inci halia*
  6. 1 1/2 inci kunyit hidup*
  7. 2@ 3 batang serai - ditumbuk2/dititik
  8. Cili giling
  9. Daun Kesum
  10. Bunga kantan
  11. Nenas 
  12. Air
  13. Minyak untuk menumis
* dikisar



Cara masak ;
  1. Panaskan minyak dan masukkan serai terlebih dahulu 
  2. Barulah masukkan bahan *- masak sehingga betul2 naik baru
  3. Masukkan cili giling
  4. Masukkan nenas yang dah dipotong tadi
  5. Campakkan daun kesum 
  6. Masukkan ayam dan tambah sedikit air
  7. Bubuh garam dan gula
  8. Selepas itu baru masukkan bunga kantan
  9. Tunggu sehingga ayam betul2 dah masak barulah dipadamkan api

Masak asam pedas ni x payah bubuh asam jawa/asam gelugor sebab dah bubuh nenas muda...secara automatik lauk ni akan masam.

Air asam kukus....

Yang ni pulak sayur campur ...simple je masak ni...macam masak sayur goreng jugak...tapi cuma  ditambah sos tiram n tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air). Tujuan untuk melikatkan kuah sayur ni. Maka jadilah Sayur Ladna...

Air asam bersama ikan keli kampung....(lauk free kakakku bawak dr seberang perak)



Lengkaplah sudah hidangan kali ni...tapi macam ada yang kurang jer lagi....agak2 ape ye kawan2 ku sayang....

OK lah..jalan dulu ye...

Assalamualaikum Pak Lebai
Walaikumussalam by..by....

Rabu, 6 Julai 2011

Cup Cake lagi

Assalamualaikum wbt...selamat menjamu selera...
sejak dua menjak ni  ucu teramat-amat busy....baik dirumah mahupun dioffice...terkejar2 eden dibuatnye..
Jadi entry kali ni  cupcake (projek ahad tadi) di order oleh Cikgu Noor..untuk puteri tengahnye..NUR ALIA...




kumbang bukan sebarang kumbang ni...ni kumbang jinak punya....

Cikgu Noor minta yang simple2 ajer....(budak2 katenye) dan inilah hasilnye ladybirds/bunga simple/apple...




Selamat hari jadi Alia..semoga menjadi anak yang soleh dan menggembirakan hati ibubapa...
Terima kasih juga untuk Cikgu Noor sebab sudi tempah c/cake yg tak seberapa dari ucu ni...

Akhir kalam

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH....



Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...