Assalamualaikum wbt...
Salam Khamis....
Selamat bertugas kembali.....semalam tak sempat nak nonton tv (ingatkan bolehlah layan cerita tamil), tapi asyik berebut remote control dengan akid, akhirnya ucu betul2 menyantaikan badan terus zzzzzzzzzzzz.
Kali ni ucu buatkan Golden Chiffon yang diambil resipinya dari buku resipi 'The Joy Of Baking'. Selalu tu ucu buat chiffon yang biasa2 ajer, tapi kali ni buat yang ada kelainan sikit dari segi cara sahaja, bahan tetap sama.
Ucu buat 1/2 aduan sahaja. Rasa menyesal pun ada sebab tak cukup, lain kali kena buat 1 adunan. Bukan ape selalunya ucu lah yang tukang menghabiskan kek2 macam ni ..rakyat kat rumah ni kalau tengok kek yang tak de coklat pandang pun malas, apalagi nak menyuap ke mulut.
Tapi kali ni tak disangka-sangka sekali hadap jer dah licin...sedap dan lembut kata anak2 n Pak Su..(Pak Su kurang makan kek - nak jaga air bag kat perut tu katanye...hihihi )
Ini resepi dan bahan2 yang ucu gunakan ...
GOLDEN CHIFFON
Rujukan : The Joy Of Baking
Bahan-bahan
Bahan A
55 gm butter
55 gm tepung kek
60 gm susu segar
5 biji kuning telor (A)
1 biji telor
1/2 st esen vanila
Bahan B
5 putih telor (A)
110 gm gula
1/2 st cream of tar tar
Cara-cara
- Cairkan butter dalam periuk, padamkan api dan masukkan tepung kek sedikit sedikit -kacau
- Biarkan sejuk
- Masukkan sedikit demi sedikit - 1 biji telor, telor kuning, susu segar, esen vanilla - teruskan gaul dengan senduk
- Putar bahan B sehingga kembang
- Masukkan bahan A kepada Bahan B - kaup balik menggunakan senduk
- Masukkan kedalam loyang tanpa diglis
- Bakar pada suhu 175-180C selama 40 minit atau sehingga masak.
Menurut dalam buku resipi ni...kek ini juga dikenali sebagai Nagasaki Castella atau Kek Chiffon Jepun. Jika kek ini dikukus ia mempunyai isipadu yang lebih tinggi tetapi rasanya seperti telor kastad.
Lain kali ucu nak cuba versi kukus pulak. Selalunya bila makan kek ni mesti ada air, takut tercekik. Tapi untuk kali ni tak payah ada air pun ok.
Tapi ada gangguan sikit..lihatlah tangan kat bawah ni...kek ni siap dicelup dalam air lagi, bukan tangan ucu ye, tapi tangan anis, anak dara ucu. Dia kata " tak dapat jadi model kt blog ibu..jadi model tangan pun jadilah...(ayat jelous kt akid sebenarnya..)
Okey ucu stop dulu ...
wassalam.