Assalamualaikum wbt.......
Tengok tajuk pun dah tahu kan....sangat mudah cuma kena cari tepung KFC saja.
Kalau sebelum ni selalunya keropok lekor digoreng togel..kali ni ucu salutkan dengan baju keemasan gitu..,
biar cantik.hahahaha...
Resipi ni ucu dapat dari kawan yang duduk kat taman belakang rumah ucu...dah lama sebenarnya nak masak macam ni tapi susah sangat nak dapat yang fresh..dan selalunya bila dah ada mesti yg dah bergoreng pulak...
Kali ni rezeki ucu murah..Alhamdullilah.....Cikgu Rahmah (jiran) bagi..ole-ole dari terengganu katanya.... siap dah berpotong lagi..
Minum pulak dengan Teh Boh panas2...dengan cuaca yang mendung2 sejuk..berangin2...
Sumber : ucubakery.
Bahan-bahan
Keropok lekor - dipotong-potong
Tepung KFC - ucu guna brand adabi
1 biji telor
Minyak
Cara-cara
Panaskan minyak
Campurkan tepung bersama telor kedalam keropok lekor - digaul sebati (macam masak pisang goreng)
Goreng dengan minyak yang banyak.
Bila dah kembung itu tandanya keropok dah masak
Boleh lah dihidang
ucu buat 2 versi...
versi 1 - warna cerah tu ucu goreng tanpa telor cuma bagi tepung sahaja ...itu untuk akid sebab dia ni teramat cerewet ...
versi 2 - warnanya agak gelap@keemasan ...itu digoreng tepung yang ada telor...
Rupe2nya masak macam gini rasanya sangat lembut walaupun dah 2, 3 jam dibiarkan...sangat2 sedap..cubalah kalau tak caya...
Inilah sahaja minum petang ucu hari minggu tadi, ....tak boleh nak ajak sebab dah habis....
okey ...ucu jalan dulu....
wassalam.............