Pages

Jumaat, 20 Mei 2011

Kek Marble - Kali ke 2


Buat untuk kali ke - 2 ...yang ditempah oleh jiran, K.Lily.....kali ni ucu guna resipi dari Mat Gebu (DTS)...cuma diubahsuai corak ikut acit@myresipi (credit utk acit jugak) mengancam tak sarang spider ni.....anak ucu yang bongsu (akid) asyik merengek2 minta dibuatkan satu untuk dia.....sabar nye sayang...nanti ibu buatkan...tapi bukan sekarang yer...

Corak sebelum  masuk oven...

  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco
 Air tu lebih kurang 20ml dan gliserin 2 camca besar (dalam resepi memang ditimbang air dan gliserin). Kalau tak de gliserin pun tak pe (tapi kurang lembap lah skit kek tu). 

RESEPI KEK MARBLE

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco  dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa   bergantung pada kehendak masing2). 
  2. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas  minyak. Tuang  setiap adunan secara berselang seli hingga habis. 
  3. Cara2..
    1.   Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan
    2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
    3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti      adunan kuih baulu. 
    4. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu. 
    Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit,    bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu  dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering.  Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas    5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan.  
  4. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada     permukaannya.


Ini lah hasilnye..... (malam tadi jugak pi hantar...)

3 ulasan:

Nava K berkata...

Beautiful and colorful looking cake, must been yummy for sure.

Tanpa Nama berkata...

xbrpe phm la cara2 nk wat kek ni..hu3

Mummyemma berkata...

Besar ni bape rmnya..?

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...