Pages

Ahad, 22 Mei 2011

Tiramisu lagi....

Assalamualaikum wbt......selamat petang semua....suasana petang  ni tenang sekali dengan angin sepoi- sepoi bahasa....terasa betul malas nak buat aktiviti di luar rumah (mengemas/mencantas pokok-pokok mana yang patut...lagipun  rumput-rumput yang tak diundang  dah mula memunculkan diri...)lagi la menambahkan kemalasan ini.
 
 Walaupun malas untuk aktiviti diluar...aktiviti didapur sedang giat berlangsung...maka terhasil la Tiramisu ..kali ini ucu taburkan atas dengan coco powder sebab blueberry filling dah habis jadi gunakan ape yang ada ajer....atas permintaan puteri tunggalku..nur anis...
Kali ni ucu buat kek span  ikut resipi hanis@myresipi (terima kasih hanis...). Ini bahan-bahan dan cara yang dicopy n paste:-


RESEPI TIRAMISU
Bahan2...
  • 3 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum (100g)
  • 1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
  • 2 sudu kecil susu segar
  • 15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
  • esen vanila 
Cara-cara ;
  1. panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
  2. dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
  3. masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
  4. masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan.
  5. masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati.
  6. masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.
..
 Kek span ni ucu buat dua aduan...sbb satu guna coklat emulco...n kat lapisan bawah tu terlupa bubuh coklat emulco....tengok color dia pun berbeza kan.... Selamat minum petang....dan wassalam....


6 ulasan:

Amie berkata...

assalamualaikum ucu,
ada lebih nanti hantar sepiring ye, anak2 suka makan tapi tangan mummynya kaku kalau bab tepung2 ni...

ucubakery berkata...

Walaikumsalam..kak amie
Nanti kalo turun ke meru ucu buatkan

Tanpa Nama berkata...

sedapp..

ucubakery berkata...

tq...missdora...

KiUk berkata...

adehhh...
sedapnyeee....

ucubakery berkata...

jgn sampai meleleh air liurr sudah ye kiuk...thanks...

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...