Pages

Rabu, 20 Julai 2011

Puding Roti Belang @ terlawan kata

Salam ceria dipagi rabu...semalam ucu ada intai2 dapur kak kasih....intai punya intai ternampaklah dessert yang mengiurkan lagi mengancam gitu...
  Jadi ucu pun dengan penuh semangat berkobar2 semalam sebelum sampai rumah singgah kejap kat kedai beli roti gardenia...sesampai rumah terus tuju dapur, alhmadullillah semua  barang yg lain dah ada. 




Maka bermulalah operasi memuding...betul bagai dikata,  masak puding ni kena cepat, sebab puding ni mudah beku...
Walaupun rasanye ucu ni orang terakhir malaya yang baru tau buat tapi tak kisahlah,  janji hajat dihati dah tertunai.


Adunan Puding roti ni ucu terlawan kata la jugak bukan sikit tapi banyak....antaranya, ucu buat 3 kalor sedangkan resipi dari Kasihredha tak buat macam tu...sebab k.kasih buat dalam versi marble, lagi satu ucu memandai-mandai bubuh esen vanilla...
Kalau sapa2 yg belum cuba boleh cuba resipi ni, ada ucu copy n paste kat bawah ni...

Sumber asal Zarin
Inspirasi  kasihredha


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair 
  • 11gram serbuk agar2 
  • 1/2 cawan gula 
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 
  • 1 sudu kecil esen vanilla (ini pun memandai2 ucu bubuh)
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (ucu guna 1 tbsp choc emulco)
  • 2 sudu besar strawbery emulco (yg ni bab melawan kata tuan tanah)
Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair, esen vanilla dan   balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter yang cair tadi dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3 bahagian, satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!




Maka inilah hasil kejadiannye...walaupun melawan kata ...tapi sedapnye tak terkata....
Akhir kalam...ucu nak meneruskan lagi projek skodeng2 kat dapur kawan2 yang lain pulak...
Wassalam...



13 ulasan:

Kakzakie berkata...

Mask ni pun nak ada kretiviti tersendiri Ucu. Kalau kakak memang tak boleh. Makan bolehlah Ucu...:)

Ida,Japan berkata...

comelnyer puding belang2 ucu ni...mmg sedap puding roti versi camni,lemak2 gitu

Kak Rosaliza berkata...

Assalam ucu, cantik dari marble dh jadi lapis. mmg sedap resipi hana ni

apple hijau berkata...

waaah...mabeles la ucu ni...nak try la hujung minggu ni..thanx ucu!

miloais berkata...

wahhhhh! nampak sedap dan cun banget!

hoccay... iols ambik resepi ni yg ucu...
kalo kelapangan hujung minggu
nak try buat!
iols memang suker banget makan puding!

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

wah..nampak menarik & sedap..
bila kelapangan ni..nk cuba buat gak.. ;)

kasihredha berkata...

kreatifnya ucuuu...
cantikk sangat acu punya :)
cayaaa lah ucu

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Salam Ucu sedap nampak puding tu, rajin Ucu ya, nampak renyah 0 menarik saya suka

Syimama berkata...

ucu.. tengok ucu masak cam takde masalah je, sy ni asyik memendam perasaan nak masak...tangan cam berat je. he3

greenrose berkata...

mcm sedap jer cu...boley wat raya nnti..hakhakhakhak

fazilzura berkata...

wahhhh sodap nye kak ..


** salam kenalan dr fazilzurakil

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

eh lain daripada yang lain ni...biasa puding roti yang bakar tu

Malaysian Delicacies berkata...

cantik, warna begitu cute sekali

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...