Pages

Rabu, 28 Disember 2011

Chocolate cake Mousse Kiwi (or banana)



Assalamualaikum wbt........
Salam Teramat Ceria.......

Pagi tadi jam 10.20 ni ucu betul2 terkejut beruk...ada pos laju datang opis hantar pos ekspress, seronok tak terkira...nk tau isi apa kt dlm tu? tungguuuuu entry esok ye..hihihi ..saja nak buat gimik badut kejap, takkan dah membara kot hati tu...


Okeylah kita tinggalkan lawak badut kat atas tu...ni hah ucu nak tayang satu kek yang dah terlawan kata chef...selalunya orang buat chocolate mouse banana tapi kali ni atas permintaan kawan2 kt opis Pak Su maka pisang itu TELAH BERTUKAR MENJADI KIWI...ucu menurut perintah aje. Resipi ni ucu ambik  
dari dapur Pn.zachoes. dan pertama kali buat terus menjadi...terima kasih banyak2 ye zochoes...jasa mu senantiasa dihati ucu...muah2..



Kek ni disambut 3 orang sekaligus...kalau dilihat pada angka dan huruf2 tu tentu dah dapat agakkan...tapi tak pe lah jangan fening2 kepala ini ucu terjemahkan;

 1- BB (Bos Besar, turn to 42)
2 - BM (Bos Muda, 40)
3- AC (yg ni ucu x ingat la pulak...tapi rasanya nama beliau, Mr Ah Chuan..)

Dan ini resipi yg ucu  copy n paste dari tuanpunya resipi..terima kasih sekali lagi zachoes..

Resipi Chocolate Mouse Kiwi (banana)

Resepi Chocolate Peach [or Banana] Mousse cake
Bahan: (8" or 9" round cake tin, 3" high)

Kek Chiffon
Sumber: kejusedap-acx-comm.com
A:
30g serbuk koko
1/2C air panas
*1st chocolate emulco/paste (ku tambah)
B:
4 kuning telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2st baking powder
1/2st soda bikar
1/4C minyak jagung
1st esen vanila

C:
4 putih telur
1/4st cream of tartar
65g gula kastor

Cara:
  1. Larutkan serbuk koko dengan air panas (dan chocolate emulco). Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kesemua Bahan B. Masukkan larutan koko tadi dan kacau rata.
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan separuh gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul hingga kental.
  4. Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
  5. Tuang dalam bekas 9" dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40min, 180C.
  6. Terbalikkan kek atas redai dan sejukkan.


Chocolate Mousse (untuk filling dan sapuan di luar kek)
Sumber: Lindapurple@myresipi.com

250g whip cream (UHT atau dairy whipping cream. Takde pun takpe, guna je non-dairy whipping cream tapi kurangkan gula aising)
1st esen vanila
1sb serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sb air. Rehatkan 5min hingga gelatin mengembang dan microwave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
50g serbuk koko + 80g gula aising
1sb nescafe + 1 1/2sb air panas

Cara:
  1. Pukul whip cream hingga kental/pekat.
  2. Masukkan esen vanila, serbuk koko, gula aising, larutan nescafe. Kacau sebati. Masukkan larutan gelatin (yang suam) dan kacau hingga semua sebati.
  3. Ketepikan.

Chocolate Ganache:
Sumber: lindapurple@myresipi.com

35g serbuk koko
50g gula (ku guna 30g)
150g whipping cream (ku guna non-dairy je)
80g coklat masakan cincang
30g mentega

Cara:
  1. Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
  2. Masak hingga pekat. Sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek.
atau



Chocolate Ganache simple
125g @ 1/2C non-dairy whipping cream
100g coklat masakan
1sb butter

Cara:
  1. Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
  2. Masak hingga pekat. Sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek.
Hiasan:
Pisang montel, dibelah 2 (ku guna peach)

Cara penyediaan kek:
  1. Potong kek kepada 3 lapisan (ku buat 2 je).
  2. Sapukan 1/2 mousse atas satu lapis kek. Letakkan pisang yang dibelah 2, lapiskan lagi dengan kek-2. Sapukan 1/3 lagi mousse dan lapiskan dengan kek ke-3.
  3. Sapukan seluruh kek dengan baki 1/3 mousse.
  4. Sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mousse keras sikit.
  5. Tuangkan coklat ganache dan hiaskan sesuka hati.
N/B: Seeloknya kek dibiarkan semalam supaya rasa mousse dan kek dapat ber'mesra' dengan baik. Nak kek lebih moist sapukan sikit sirap peach atau sirap gula atas setiap lapisan kek. Ku guna base kek chiffon sebab pada ku chiffon lebih lembut dan lembab berbanding kek sponge. Lagipun resepi asal Lindapurple@myresipi.com guna sponge mix tapi ku tak suka guna yang premix, lebih suka make it from scratch. Hehe..


Dan lagi satu ucu sempat buatkan kek karemel, ucu bubuh strawbery emulco biar ada rasa sikit. Resipi ni pun ucu ambik kat dapur k.Ita masam manis tu...Alhamdulilah menjadi dan ini k.karemal ucu yg ke 3 dan akan menyusul lagi berbiji2 k.karemel kat dalam gerubok ucu ni (terpaksa ikut giliran nk buat siaran langsung ni..). Terima kasih K. ita...muah..muah..







Segakkan bos2 Pak Su....(alamak terlebih puji la pulak)

Ucu bakery mendoakan semoga kalian semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan suskses selalu...

Okey lah dah terpanjang la pulak ayat hari ni...ucu stop dulu lah ye....jumpa esok...

Wassalam.....






14 ulasan:

izahdaut berkata...

wah mewahnya kek. boleh la try buat tuk birtday ke kan

cik cek berkata...

Bykkkkknyaaaaa kekkkkk...dapat sebiji kat akak kan ke best....:)

Masya berkata...

dah beberapa hari x BW ke sini.. dah lain header ucu... air kelapa tu buat terliur jer ditekak ni tau.. lagi² kalau dapat dengan kek ni..

Liza berkata...

ucu...nak kek jugak....

rahel berkata...

oh Kak Ucu..
hemm..bila sampai kat dapur Kak Ucu..jadi rambang mata la pulak..fening2 gue tengok kek byk tp tak dpat nak rasa sepotong pun..adoi..

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Hebat air tangan Ucu...I LIKE

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

sedapnye kek tu..
terliur suda ni.. ;)

Acik Erna berkata...

ucu..memang ucu ni pandai buat kek..setiap kali tengok acik teruja..acik tak pandai nak men deco tu..setakat masak kek yang biasa2 je..yang lain2 walaupun ada resipi acik tak berani..nak mencuba pun tak berani

Mama2Q berkata...

aduh terliurnya tgk kek kat cni...kalau dekat saya tempah dah....

Mamasya berkata...

Aslmkum Ucu.
yummynya kek Ucu tu...decopun cun..suka nengok choc ganache yg licin mulus tu.pernah buat dulu versi banana mmg sedap sgt.

Kamalia berkata...

Ucu..terliur tgok kek tu.bersungguh sy belek resipi tu.iA,kalau ade masa nk cuba jugak..

MulutPayau berkata...

adoiiii...bila masuk je dapur Ucu...rasa macam tak nak keluar..

Norasikin berkata...

amboi, banyaknya kerja kena buat. Kalau saya, dah lama surrender

Zack Zachoes berkata...

salam..
thank you Ucu, semoga success selalu ;)

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...