Pages

Ahad, 5 Jun 2011

Polkadot lagi...

Assalamualaikum wbt....salam hujung minggu...dan selamat makan tengahari....hari ni ucu  pasti ramai  yang gantung periuk....sebab memenuhi undangan perkahwinan ......semalam (sabtu) ucu pergi jugak memenuhi undangan perkahwinan, anak sepupu di Ampang Hilir....tapi sayang   terlupa nak bawa kamera...kalau tidak boleh buat kenang-kenangan, iyelah dah lama kami tak jumpa dengan sepupu sepapat...almaklumlah kebanyakkan dari kami semuanya dah jadi  yatim -piatu.....

Mana yang tak ke mana-mana tu masak lah sedap-sedap ye ...makan dengan cik abang dan anak-anak...pasti akan seronok dan yang paling penting keberkatannya....jadi selamat menjamu selera...

Atas sokongan kawan-kawan dan saudara mara maka selama 3 hari berturut-turut ucu terbusy sikit....bermula dari  Malam Khamis hingga ke malam Sabtu, memenuhi tempahan apam polkadot. Ucu bersyukur sangat-sangat ke hadrat Allah SWT kerana dimurahkan rezki dan dipermudahkan segala urusan Alhamdulillah ...


Tempahan bermula dari Pn Rohani, kawan Pak Su (JVC) -  Khamis



Tempahan  Pn Umi Kalsum + Pn Umi Hani - Sabtu


Tapi dalam sibuk-sibuk hari Jumaat tu....balik-balik dari office sempat juga buat Slice cheese cake...ikut resipi HaSue@Sue-hasue.blogspot.com - dan inilah hasilnye.....best sangat2...terima kasih HaSue....



Ini resipi yang ucu dah copy n paste ....cubalah buat...nampak macam leceh tapi bila dah buat senang jer...

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.

2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)

3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan

4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..

5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek

6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi order apam polkadot dari Ucu Bakery.....wassalam...

Tiada ulasan:

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...