Pages

Sabtu, 18 Jun 2011

Keli cekur + jering sambal

Assalamualaikum wbt......selamat berhujung minggu...hari ni ucu pasti semua surirumah yang cemerlang tengah sibuk mengemas2 rumah, ke pasar basah beli barangan ikan @ sayur, untuk hidangan tengahari pulak.....

Dari semalam lagi (jumaat)  ucu  tersangat busy, sehingga terpaksa apply cuti antaranye ;-
1) sebelah pagi kena pergi hospital 
2)siapkan semua tempahan cupcake/polkadot/mini cake coklat moist
3) menghadiri mesyuarat tahunan (ala2 AGM) ditaman perumahan ucu..
4)  yang paling seronok...jaga cucu 

Seronok jaga cucu ni sebab dia tak banyak keraneh...nanti ucu tunjukkan cucu ucu ni dientry  yang terbaru.....

Sekali pandang macam masak ikan percik....
Kali ni lauk yang ucu sajikan untuk makan malam (khamis mlm jumaat tadi....) Ikan keli masak lemak cili api + cekur. Oleh kerana masa yang amat2 terhad jadi ikan keli ni ucu goreng garing saje...sebenarnye yang power ikan keli ni dibakar dulu...baru dimasak lemak cili api...

Resepi Keli Cekur
Bahan2 masakan;-
  1. 1 kg ikan keli - telah digoreng
  2. 3@4 biji bawang merah*
  3. 3 biji  bawang besar*
  4. Sedikit udang kering*
  5. Belancan - ikut citarasa
  6. cili padi
  7. cekur daun + ubinye sekali
  8. 150ml santan kotak  - ditambahkan air
  9. 250ml santan kotak - dijadikan pati santan
  10. Air Asam/garam 
  11. Sedikit minyak untuk menumis

Cara2:-
  1. Ditumis semua yang bertanda * sehingga keluar minyak (betul2 dah masak)
  2. Kemudian masukkan 150ml santan cair tadi kedalam bahan tumisan (tunggu lagi sehingga sebati - sentiasa dikacau)
  3. Apabila dah betul2 masak baru masukkan baki pati santan tadi dan masukkan juga sedikit lagi air.
  4. Bubuh garam/air asam
  5. Tunggu sehingga agak2 likat  barulah masukkan ikan keli tadi dan taburkan daun cekur yang telah dihiris nipis ( tapi kali ni daun cekur xde....)
  6. Dan dah boleh dihidang....
Yang ni pulak jering masak sambal + bilis


Resepi Jering Sambal
Bahan :-
  1. Jering - dipotong-potong
  2. Bilis - digoreng
  3. Bawang merah + bawang putih*
  4. Cili padi *
  5. Sedikit belacan / udang kering
  6. Air asam
  7. Garam/perasa
  8. Air
Cara2 :
  1. Bersihkan jering dan dipotong2 
  2. Seperti biasa - tumis bahan tumisan bertanda * sehingga garing
  3. Kemudian masukkan jering tadi - masak sampai empuk (tambah air bila kering)
  4. Akhir sekali barulah dibubuh bilas yang telah digorang tadi kedalam masakan
Inilah hidangan kami mlm tu...keli cekur + ikan keli goreng + sambal jering + pucuk ubi rebus (petik belakang rumah jer...
Jering ni memang sedap dibuat ulam kalau muda dan boleh dimasak bila dah tua. Masalah utama kalau makan jering ni yang tak boleh nak dielak mulut pasti berbau...kalau kat toilet tu faham2 aje lah ye...
Tapi ucu selalu amalkan satu petua ni, dari orang tua...katanye, selepas makan jering tu kena makan beras supaya mulut tak berbau....

Selamat makan tengahari bersama keluarga tercinta.....Wassalam..

6 ulasan:

kasihredha berkata...

mak akak kalau makan petai..pastu dia kunyah2 beras...petua org dulu2 :)

Deliah's Deli berkata...

keli,cekur,jering..klasik betul..terus lapar! :)

ucubakery berkata...

kak kasih...
itulah petua yg ucu amalkan sampai sekarang...jimatkan.

ucubakery berkata...

deliah's...yang klasik tu la yg membuatkan makan tak berenti...risau betul la..jemput makan...huhuhu...

Amie berkata...

ucu,
kalau di kg sekilo keli 5 ringgit tp di sini 15 ringgit, dah tu susah nak dpt...terpaksalah tunggu balik kg kalau nak makan keli

miloaiskurangmanis berkata...

terliur lah ngan gulai ikan keli tu...!

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...