Assalamualaikum semua.... dipagi yang cerah ni ucu rasa rajin sikit la...buat sarapan utk famili rebus ubi kayu n sambal bilis jawa.. walaupun yg masak ni bukan jawa...Perihal sambal semua org tahukan..pastinye pedas...tapi sambal ni x berapa pedas sangat kalau kena pada cara2 masakan n bahan yg betul...kat sini ucu titipkan sedikit resipi yg x seberapa untuk dikongsi bersama...
RESEPI SAMBAL BILIS JAWA
Bahan2 ;
1. Ubi kayu - direbus
2. Bilis - utk digoreng
3. Bawang besar 3 biji *
4. Bawang putih 3 ulas * (tapi ucu x letak bawang putih sbb nanti aromanye kureng sedap..rasenya la)
5. Cili padi *- mengikut kepedasan yg dikehendaki
6. Belacan *- mengikut citarasa individu
7. Asam Jawa / limau kasturi
8. Garam secukup rasa
9. Perasa (jika ada)
10. Minyak utk menumis
Cara2;
1. Semua bahan yg ditanda * hendaklah diblenda/kisar
2. Goreng bilis sehingga garing - ketepikan
3. Panaskan kuali diatas dapur kemudian masukkan semua bahan yg bertanda * dan tumis sehingga naik bau pastikan sambal tadi betul2 masak, kemudian baru masukkan garam dan asam jawa/limau kasturi (boleh tambah sedikit air jika sambal tadi terlalu kering)
4. Gaul sehingga sebati dan pastikan sambal tadi kering barulah dimasukkan bilis yg telah digoreng tadi. (tujuan bilis ini bahan terakhir dimasukkan kerana mengelakkan daripada liat apabila hendak dimakan)
Resipi ni sebenarnya adalah permintaan pertama Pak Su (my husband) masa mula2 kahwin dulu (kahwin dgn org jawa la katakan...) sesuai sangatlah dihidangkan dengan air kopi o panassss....selamat sarapan..wassalam.
5 ulasan:
dlu masa kecik ,nenek suka buat sambal ni....mmg sedap
aku suka makan bende nih... :D
sedapnya lama tak makan.:D
kita org jawa kecik2 dulu penah makan.. dalama x makan.. huhu rindunya....
wow...the dish looks so appealing...I'm loving it !!
Catat Ulasan