Pages

Sabtu, 7 Mei 2011

Sarapan - Ubi Rebus & Sambal Bilis Jawa

Assalamualaikum semua.... dipagi yang cerah ni  ucu rasa rajin sikit la...buat sarapan utk famili rebus ubi kayu n sambal bilis jawa.. walaupun yg masak ni bukan jawa...Perihal sambal semua org tahukan..pastinye pedas...tapi sambal ni x berapa pedas sangat kalau kena pada cara2 masakan n bahan yg betul...kat sini ucu titipkan sedikit resipi yg x seberapa untuk dikongsi bersama...


RESEPI SAMBAL BILIS JAWA
Bahan2 ;
1. Ubi kayu - direbus
2. Bilis - utk digoreng
3. Bawang besar 3 biji *
4. Bawang putih 3 ulas * (tapi ucu x letak bawang putih sbb nanti aromanye kureng sedap..rasenya la)
5. Cili padi *- mengikut kepedasan yg dikehendaki
6. Belacan  *- mengikut citarasa individu
7. Asam Jawa / limau kasturi
8. Garam secukup rasa
9. Perasa (jika ada)
10. Minyak utk menumis



Cara2;
1. Semua bahan yg ditanda * hendaklah diblenda/kisar
2. Goreng bilis sehingga garing - ketepikan
3. Panaskan kuali diatas dapur kemudian masukkan semua bahan yg bertanda * dan tumis sehingga naik bau    pastikan sambal tadi betul2 masak, kemudian baru masukkan garam dan asam jawa/limau kasturi (boleh tambah sedikit air jika sambal tadi terlalu kering)
4. Gaul sehingga sebati dan pastikan sambal tadi kering barulah dimasukkan bilis yg telah digoreng tadi.   (tujuan bilis ini bahan terakhir dimasukkan kerana mengelakkan  daripada liat apabila hendak dimakan)
5. Selamat menjamu....
Resipi ni sebenarnya adalah permintaan pertama Pak Su (my husband) masa mula2 kahwin dulu (kahwin dgn org jawa la katakan...)  sesuai sangatlah dihidangkan dengan air kopi o panassss....selamat sarapan..wassalam.

5 ulasan:

SERI QISTINAAYU berkata...

dlu masa kecik ,nenek suka buat sambal ni....mmg sedap

محمد أمين بن أريس berkata...

aku suka makan bende nih... :D

Rosalia berkata...

sedapnya lama tak makan.:D

bella hamzah berkata...

kita org jawa kecik2 dulu penah makan.. dalama x makan.. huhu rindunya....

Only Fish Recipes berkata...

wow...the dish looks so appealing...I'm loving it !!

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...