Pages

Jumaat, 20 Mei 2011

Lauk simple - makan tengahari

Selamat makan tengahari...dah makan ke belum....hari ni Jumaat...jadi rasenya masa singkat untuk kaum adam bersantai-santai......dan masa senggang untuk kaum hawa berwindow shopping di comlpex2 yang dekat dengan tempat kerja....atau bagi yang tak berkerja masa untuk menonton cerita sinetron....

Pagi tadi ucu hanya sempat masakan untuk anak2 makan  tengahari  dengan  Sotong masak sambal (ingat tadi nak masak sutun kicap ..macam dlm cerita Sutun.. )  bersayurkan pakis goreng @ pakis masak tumis...



Resipi  sambal sotong ;

Bahan
  • 1 kg sotong - dipotong bulat dan dibasuh bersih2
  • 4@5 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci belacan/bilis*
  • Cili kisar/cili boh
  • Asam keping/ air asam jawa
  • 1 batang serai
  •  sedikit gula, garam dan perasa (jika ada)
Cara
  • Bahan bertanda * hendaklah ditumbuk (ucu blend saje..jimat masa)
  • Masukkan minyak untuk menumis...apabila minyak telah panas masukkan bahan yg  ditumbuk tadi.
  • Masukkan cili kisar/cili boh sehingga naik minyak
  • Masukkan juga serai dan asam keping/air asam jawa
  • Apabila sambal sudah betul2 masak baru masukkan sotong
  • Bubuh garam n perasa (jika ada)
  • Apabila sotong sudah lembut boleh la dimatikan api dan dihidangkan...
Untuk anak-anakku (anis + afiq)....nikmatilah makan tengahari dengan tenang ...mulakan dengan bismillah diakhiri dengan alhamdulilah....selamat makan semua...

1 ulasan:

DeLancrettLurpak berkata...

mcm tau2 aje saya pun nak masak sambal sotong hari ni..hehehe..

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...