Assalamualaikum wbt......
Gelak ucu baca komen kawan2 pasal anak ulat bulu kat enty hari Ahad tu.
Sebenarnya, secara kebetulan ucu dgn akid tengah petik limau kasturi belakang rumah, tetiba akid nampak ulat2 tu..tujuan asal memang nak buang sebab pokok limau ucu ni selalu diserang dengan makbapak ulat bulu...
dan nak dijadikan cerita, masa tu Pak Su tengah pegang camera nak snap satu benda (dah x ingat gambar ape) terus ucu minta dia tolong snapkn anak ulat tu..
mula2 Paksu buat dotno jer....tapi biasalah binik dia ni kan jenis memaksa...
dan akhirnya terbukti...kreatif kan binik dia punya paksaan...hahaha..
kami laki bini punya banyak hobi yang sama..antaranya suka tangkap gambar, walaupun x sepandai, x kreatif , secantik gambar dari blogger2 yg mengetop macam, diana (melleymey), rahel, k.ita (masam manis), apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan gambar2 dari K.Ct Delima jauh sesangat...
tapi boleh lah sikit2 (saja nak kembang hidung sekejap...boleh nooo..)
Dah tengok pulut serawa durian kat atas tu...?
Sekarang kat tempat ucu ni dah mula ada orang jual buah durian tepi jalan (depan Masjid Meru)..tapi baru satu tempat jer..
Jadi kesimpulannya, tertunai lah sudah anak tekak nk makan pulut serawa durian kali ni.
Resipinya simple ajer....macam ni..
Resipi Serawa Durian
1 biji durian
1 biji kelapa@santan
Gula - 3 senduk
Secubit garam
Air - jika perlu sahaja
Cara masak
Satukan semua bahan2 diatas dalam periuk, masaklah sehingga mendidih dan pekat
Tutup api dan sedialah untuk dihidang
Cara masak pulut pulak...ucu buat macam masak nasi ajer (arwah mak n kakak yg ajar) sonang sangat...tak payah kukus2 ...
Resepi Masak Pulut
Bahan :
2 cawan beras pulut - dibasuh bersih2
2 cawan air
Secubit garam
Cara-cara;
- Basuh beras pulut bersih, masukkan semua bahan dalam rice cooker
- Setelah mendidih gaulkan nasi pulut tadi supaya tak berkerak, kemudian biarkan sehingga masak
Kesimpulan nya ...
resipi kali ni semua bahan2 dicampurkan@ disatukan dalam periuk dan dimasak, sudah mendapat satu hidangan yang betul2 enak... senangkan..
Okey bai..bai...
Wassalam