Pages

Selasa, 15 Mei 2012

Kek Masam Manis



Assalamualaikum wbt...

Rasa-rasanya ucu lah wanita terakhir diantara blogger yang buat kek ni.....niat nak buat dah berbulan2 tp tertunainya baru2 ni ajer.  Bila dah dapat makan MasyaAllah sedapnye..susah sangat nak behenti dari mengunyah kek ni..


Kek ni percubaan pertama ucu dan ucu nk ucapkan berbanyak2 terima kasih pada K.Ita, masam manis dan Kak Fida


Ni ucu kopipeskan resipinya

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
By: Kak Fida /K.Ita
Rujukan : My Resepi

5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais 
225 g gula halus atau 
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette 
150 ml susu cair 
1/2 sk garam 
100 ml minyak jagung/masak 
1 sk esen vanilla 
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka 
secukup hawflakes ~ ita guna besar 50 sen

Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati

Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka.
Ita bahagi kepada 6 bahagian ( anggaran 1 cawan setiap bahagian) dan letakkan setiap  bahagian itu dengan pewarna yang disukai.
Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama. 
Kukus lapisan pertama selama 5~7 minit
Bila masak angkat dan tuang lapisan kedua, dan susunkan hawflakes kukus semula
Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya



Disebabkan hawflekes lupa nak beli kat bakery, jadi ucu gunakan yg saiz kecik ajer...seeloknya guna hawfleks saiz duit 50 sen, baru mengancam dia punya line...


 Okeylah yer
ucu jalan dulu..banyak kelijo oooo...

Wassalam.





15 ulasan:

Qasey Honey berkata...

asslm Kak Ucu...sedap kek asam manis tu...kaler pon cantik...QH suka...ceria nmpk kek tu...

Tentang Kita berkata...

meriah warna kek masam manis tu....mesti sedap nie...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Ucuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.Apa kabar?lamanya xsiggah kat sini..dtg2 jer dah menjamu atie nga kek masam manis ya.Timo kasih la yo...:D
SELAMAT HARI IBU...tuk Ucu gak.Semoga kita menjadi ibu yg trbaik..IsyaAllah.

miloais milo berkata...

sedap kek ni ucu...
iols dulu selalu gak oder kat kawan iols...

Mas berkata...

Sedapnyaaaaa....

rahel berkata...

Perghh..mengancam kalernya..gue suka...

Bicara Kak Noor berkata...

salam Ucu sedapnya kek ni kaler tu menarik lah minta sepotong hehee

Nazrah berkata...

warna je dah menarik sangat

mama sara nur berkata...

assalam
cantik kalernya Ucu, pinkkk
sedap kek ni kan ucu, dulu masa blom ada blog penah skali wat
nanti nk wat lg leh post kat blog he he

AZLITA AZIZ berkata...

salama ucu..

lembut aje warnanya ucu..
menarik dan tertarik

Putri berkata...

salam ucu
suka tengok kek ucu berposing..sopan je..
Warna cantik,mesti rasa pun sedap

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Salam Kak Ucu.. wahhhhh sedapnya kek lapis asam manis tu.. sha memang suka.. suka membeli dan makan aje..

Rajin betullah kak Ucu.. cantik rupanya.. warna yang lembut wahhhh kecur niiiii

Masya berkata...

lama tak buat.. menyerlahnya dalam gambar warna hijau dgn merah jambu ni yer.. mesti sedappp

MulutPayau berkata...

mengancamnya kaler kek tu....mmg terliur betul tengok.....

Diana @ Melley Mey berkata...

wah akak... ada kek lapis asam manis ler kat sini... sedap jer nampaknya tu...

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...