Pages

Khamis, 24 November 2011

Spaghetti Carbonara



Assalamualaikum wbt...
Salam 28 Zulhijjah .....

Pagi ni ucu dapat panggilan yang susah nak ditaksirkan...macam tak caya pun ada...moga2 jadi kenyataan..dan yang selalu ucu pesan kat diri ni...kalau ada rezeki tu Allah berikan untuk hamba yang daif lagi naif ni..Insyaallah ada...kalau dah jadi kenyataan nanti akan ucu ceritakan kat entry yg akan datang...

Kali ni ucu nak hidangkan masakan spaghetti carbonara, masakan omputih lah kiranya...orang hitam ke, orang biru ke, orang hijau ke...janji semua boleh masak dan makan....tapi ini versi instant way@ versi orang malas2 manja gitu....




Spaghetti carbonara ni sesuai digandingkan dengan seafood ..contohnya mcam udang godang2 melingkor atau pun sotong besor putih melepak. Tapi kali ni ucu bubuh mana yang ada kat peti ais je...daging kisar.(bunyi macam sedih la pulak..)

Oleh kerana ini masakan simple dan mudah ...kat bawah ni lah bahan2 yang ucu gunakan...

Resipi Spaghetti Carbonara 
Olahan : ucubakery.blogspot.com
Bahan-bahan

  1. Spaghetti di rebus kemudian ditos
  2. 1 botol sos spaghetti (tak kisah brand apa)
  3. 250gm daging/ayam kisar
  4. Bawang putih (dicincang halus)
  5. Bawang besar (dipotong besar)
  6. 1 kiub pati ayam 
  7. 1/2 cawan susu segar/susu cair
  8. Mushroom butang (dihiris)
  9. Garam
  10. Lada sulah
  11. Air -( andaikata kuahnya terlalu pekat blh lah ditambah sedikit air)
  12. Minyak (utk menumis)

Cara masak ;

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau dan kemudian masukkan daging kisar tadi - lebih kurang 3@4 minit
  2. Kemudian masukkan sos carbonara + kiub ayam bersama dengan daging tadi
  3. Masukkan mushroom dan gaul sehingga sebati
  4. Apabila sos tadi nampak dah pekat sikit baru masukkan susu cair @segar sehingga berkrim
  5. Boleh tambah sedikit air jika terlalu pekat
  6. Bubuh garam dan lada sulah
  7. Boleh lah dihidang.





Selamat mencuba ...mana kawan2 yang malas2 manja macam ucu ni rugi kalau x cuba...Insyaallah sodappp....hingga menjilat sudu garpu....

Wassalam......






25 ulasan:

rahel berkata...

selamat pagi Ucu..
lemak rasa spagetti tu...

LydSunshine berkata...

Saya pun suka jenama Leggo tu, nyum..nyum.

Amie berkata...

apa ceritanya Ucu... tak sabar nak tau ni.. apa pun kita layanlah dulu spaghetti Ucu yang sangat sedap nih!

Unknown berkata...

salam ucu
sebenarnya ms ni tgh lapar giler..pg td buat nasi goreng tp termasin pulak..tenguk pulak resepi ni..memang dah lama cari..jap nak copy atau print..petang ni boleh buat..

Kakzakie Purvit berkata...

Ini kalau ada kat rumah kakak sekali lalu aje Ucu. Anak-anak kakak lebih suka makan roti dan spegetti berbanding makan nasi...

miloaiskurangmanis berkata...

sedap ni...
penah sekali buat carbonara ni
tapi cam tak berapa jadi...

nak cuba plak le resepi ucu ni..
kot2 lah jadik plak kali ni!

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Ucu.apa kabar?winduuuuuu ngan ucu larrrrr :)

Acik Erna berkata...

assalam ucu..teringat pulak anak acik mintak buatkan spagheti putih katanya..ini ke dia ucu..acik tak pernah buat warna putih...jadi ak buat2 lagi sampai sekarang.

Masya berkata...

wahh.. samelah selera kt hari ni ucu... saya pun mkn spageti tghari td dkt kenny rogersss hihihihihi....

Mieza berkata...

ucu..sedapnya spag carbonara ni..mieza suka..tp hubby suka bolognese..bila nk masak pasta mesti sibuk suh masak bolognese..kalau mieza carbonara dia akan makan skit je..jd mieza masak carbonara ni time hubby outstesen je la hahahha

Nuwairani berkata...

nani pulak ada angin2 juga nak makan carbonara ni...suke tu suke tp makan sikit je la...takleh masuk bnyk sgt sebabb muak...tapi cepat lapar...jadi akan makan sikit2 dengan kerapnya...

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum akak..
versi malas2 manja pun nmpk sedap tau akak.. menyelerakan...spghti carbonara mmg fav daughter diana..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Ucuuuuuu.dtg lagi bawak tupperware MILO nk tapau spaghetti tuh!

ucubakery berkata...

@rahel
mmg berlemak sangat..kami mkn sekali jer dah x tambah2..

ucubakery berkata...

@LydSunshine
nyum..nyum...blh la buat..

ucubakery berkata...

@Amie
ceritanya...malu nk bg tahu akak...td ucu diinterview oleh majalah rasa..sbb ucu ada publish kt FB tp guna nma I Love masak...kalau akak rajin jenguklah kt fb, resipi ucu ni akan disiarkan pd Feb 2012 nanti...kita tunggu je lah...

ucubakery berkata...

@nyanyisunyi
jadi buat tak ptg semalam....harap2 sakit hati tu jg sampai ke hari ni sudah...

ucubakery berkata...

@Kakzakie
rakyat kt rmh ni slow sikit kalau s/carbonara..tapi kalau spagheti yg meatball tu cepat je licinya....

ucubakery berkata...

@miloais
cuba jgn x cuba...nanti bila dah masak jgn lupa tayang gambar...

ucubakery berkata...

@♥♥azatiesayang ♥♥
seronoknya ada orang winduuuuuu sma gua....windu2 tu jgn lupa hantar la lauk udang tu seperiuk..hihihi..

ucubakery berkata...

@Acik Erna
kalau akak nk buat..akak guna seafood lagi sedap...kalau tidak pun guna ayam jgn guna daging, sebab kalau guna daging rasa dia kureng sikit lah...

ucubakery berkata...

@Masya
amboi2..makan x ajak..dah kenyang baru bagi tahu...sampai hati ko...

ucubakery berkata...

@Mieza
betul tu...kalau kita msk ikut tekak kita..nanti membazir hati pun x happy...apa2 pun suami didahulukan...hihihi..

ucubakery berkata...

@nuwairani ismail
oohhh rupanya kita serupa....

ucubakery berkata...

@Diana @ Melley Mey
mualaikumussalam ...malas2 manja tak pe..jangan malas2 mengada..ucu tlg makanan on behalf your daughter..

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...