Pages

Isnin, 4 Jun 2012

Resepi Daging Masak Kicap Legam



Assalamualaikum wbt........

Apa khabar kawan2...rasa kekok nak meng'n3' pepagi ni...maklumlah dah lama nak memunculkan diri. Tuan tanah sibuk sesangat dari minggu lepas lagi...bukanya sibuk membaking...tapi sibuk membereskan kerja2 atas meja ni yg dah menimbun...

Okeylah yer...ini hari pun x boleh nak mengomel panjang2....jadi ucu hidangkan lauk daging masak kicap hitam lengam........kalau tergoda ucu minta maafnya sebab ucu pasti ramai pada kawan2 yg berpuasa sunat hari ni....




Resepi Daging Masak Kicap Legam
Sumber : ucubakery

Bahan-bahan

1kg daging lembu - dihiris 
4 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
3 biji bawang besar *
1 bunjut sup adabi
2 Inci kayu manis
2 ketul bunga lawang
2 inci halia *
1 sudu besar lada hitam - dikisar
3 sudu besar kicap manis 
2 sudu besar Kicap pekat - kalau nk hitam mcam ucu punya boleh tambah lagi
1 sudu besar gula
Cili padi  - optional
Garam
Asam keping@gelugur
Sedikit air
Minyak untuk menumis



Cara-cara
  1. Hiris halus semua bahan yang bertanda *.
  2.  Panaskan minyak dan tumis semua bahan yg bertanda * bersama sup bunjut/bunga lawang/kayu manis hingga kekuning2an
  3. Kemudian masukkan daging, jgn bubuh air terlalu banyak sebab daging ni akan mengeluarkan air.
  4. Tutup periuk@kuali dengan penutup periuk - supaya daging cepat empuk
  5. Apabila telah mendidih beberapa kali, bolehlah dibubuh kicap, gula dan lada hitam
  6. Masaklah sehingga daging lembut dan jika terlalu kering boleh lah ditambah sedikit air.
  7. Bila daging telah empuk dan rasanya dah sekata bolehlah dimatikan api dan hidangkan bersama nasi putih




**************************************
Macam biasa, ada iklan kejap yer....



RVC yang ditempah oleh Cikgu dari SRK Binjai..(nama dah lupe) maaf yer cikgu..
untuk suami tersayang..

Pokaldot tu pun ucu dah lupa sapa yang order....

ok ucu jalan dulu yer...
Wassalam..














7 ulasan:

mama sara nur berkata...

assalam Ucu
meleleh sy tgk daging Ucu ni ,sedapppnya aii
sb jarang makan daging tu yg kalu dpt memang berselera ni he he
nk cp resepi UCU ni ye nanti leh try

ady berkata...

as-salam Ucu
wow2..tersangat sedap tgk daging tu..
mmg berselera..

zila norazila berkata...

salam ucu..
wahhh hitam pekat lg..mmg best..semalam baru makan daging masak camne..mmg best:)

Bicara Kak Noor berkata...

adoiiii sedapnya Ucu itam2 pun menyelerakan tu pasti bertambah nasi,Ucu kena masak lobih ni nasi heee

rahel berkata...

Wah..pagi2 dah tayang daging kicap..sedap tuu..

miloais milo berkata...

memang terliur tengok daging masak kicap tu....
sib baik jap lagi nak pi lunch!

LydSunshine berkata...

Daging memang sangat matching dgn black pepper dan kicap. Sedap.

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...