Pages

Selasa, 19 Jun 2012

Nenas Yankee....



Assalamualaikum wbt...
Hari ni ucu nak tunjuk buah nenas yang bernama YANKEE...
selalunya dengar cuma nenas  sarawak, nenas moris, nenas josapine...tapi kali ni pelik pulak namanya,

alkisahnya begini ;

Nenas Yankee dipercayai mendapat namanya kerana rupa fizikal buahnya seakak seluar YANKEE yang popular di tahun 1970an.
Seluar Yankee ketat dan sendat terutama di bahagian bawah. Jadi kononnya adalah hamba Allah apabila meliat nenas yang pada masa itu belum ada nama tapi berbentuk tirus, lalu diberikan nama nenas tersebut dengan nama YANKEE.




Nenas ni Pak Su beli kat gerai yang memang hanya menjual nenas sahaja dan penjual tu perkenalkan lah nenas ni..harga agak mahal kalau dibandingkan dengan nenas biasa,sebijik tu dalam RM 5-6, kalau nenas biasa sebijik cuma seringgit. 

 

Walaupun kulitnya masih lagi hijau dan ada sikit kekuningan  dibahagian bawah tampoknya itu sudah menandakan bahawa nenas ini sudah cukup masak jadi jangan tunggu sampai kuning (kulitnya)  alamat masuk cik tong lah jawapnya (busuk).

Disebabkan ucu tinggal di Meru dan berjiran dengan Bukit Kapar yang memang terkenal pengeluaran/ladang nenas jadi nak cari nenas yang sedap, manis , juicy tak lah susah sangat. 

Baru2 ni ada jalan2 kat ladang nenas di Bukit Ramlee (Kpg. Bukit Cerakah) dan diatas bukit tu ada Restoran yang ownernya mengusahakan ladang nenas. Dan diladang tu semua ditanam nenas bukit..menurut kata empunya ladang tu nenas ni lain daripada yang lain....itu yg buatkan ucu tak sabar nak rasa....tapi sampai sekarang hajat tu tak kesampaian lagi.
Insya Allah di lain entry ucu akan tunjukkan restoran yang betul2 diatas bukit yang panoramanya tersangat indah.

Okey bai..bai..

Wassalam..







11 ulasan:

Norzie hany berkata...

Assalam Ucu.
First time dengar nenas yankee ni.Mahal harganya berbanding dengan nenas biasa.

Masya berkata...

semalam akak ipar pun bg nenas ni... elok jer dok dalam peti sejuk tu lagi....

tentang bilik tu.. sy ade buat entry yg sebelum ni.. rumah yg kami dapat tu 3 bilik, rumah 4 bilik pun ade.. ucu blh hubungi orang yg sy bg nombor tu.. sebab rumah ade macam² jenis yg berbeza.. kalau nak yg ade ruang macam padang pun ade...

Amie berkata...

Aduhai Ucu... teringin nak balik kampung cepat-cepat, nak cari nanas, di sini punyalah mahal, sekilo smpai rm6, tak kira nanas apa, napalah mahal sangat... memang kurang nanas di tempat kakak ni!

miloaiskurangmanis berkata...

ingat selauar aje ada nama yankee....

rahel berkata...

wah..ni mcm nak buat inti tat nanas je..

Cheq Sue berkata...

ucu... telan air liur tau tengok nenas tu... sedapnya buat colek.. adussss

Unknown berkata...

hehe...seluar yanke? Zaman 60an kan?
Mcm tau2 je akk nk keluar ke Tg Aru, cari nenas n jerok2.....cikgu fahmi pelawa dating tepi laut.

Sini mahal, sebiji mau tiga empat hengget!

Unknown berkata...

fresh nampak si yankee tu Ucu sedap cicah garam belacan hee masam2 manisss buat acar pun sodap tu..bak sepotong

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam ucu
sy memang pantang nampak nenas mesti nak beli, he he sedap makan ngan garam pun ok

kasihredha berkata...

suka nenas..
letak serbuk asam boi...perghhh

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Kak Ucu betul nenas Yankee yang namanya macam seluar zaman dulu kala tu manis sangat hehehe.. sha dah pernah makan.. maniss..:)

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...