Pages

Jumaat, 5 April 2013

Kek Pandan Marble


Assalamualaikum wbt...
Salam Penghulu hari.......

Entah kenapa minggu lepas ucu betul2 rajin. Rajin melayan anak tekak yg tetiba nak makan kek pandan. Subuh2 lagi ucu dah keluarkan bahan2 baking, lepas antar akid pegi sekolah dlm pkl 7.30pg maka bermulalah agenda membaking n membakar....alhamdullilah masak tepat pada waktunya dan sedang elok pulak tu semua kerja2 rumah mcm sidai baju dan masak  utk anak bujang ucu balik sekolah tghari nanti pon beres. 





Elok jer dah sejuk terus ucu keluarkan dari loyang , potong lebih kurang jer sebab masa tu dah pukul 8.30 pg  terus pi tangkap gambar...  snap2 sana snap sini sambil tertonggeng2....siap.
Potong2 lagi masukkan dlm tupperware untuk bawa ke opis...beres.




Kek ni ucu ikut resepi dah dapur  lifeofladyell, dan cara nak buat pun senang...terima kasih banyak2 Ell..dan sememangnye sangat2 sedap. Ke'gebuan'nya lebih kurang macam kek chiffon, walaupun padat tapi tak de lah rasa tersekat kt kerongkong.

Resepi ni ucu kopipes sebijik macam kat dalam blog dia.

Resepi Kek Pandan Marble
Sumber : lifeofladyell / ucubakery


BAHAN2:-

4biji telur
100gm gula pasir halus
1/2 sudu besar ovallete
125gm butter dicairkan dan disejukkan
2 sudu besar susu pekat manis
100gm tepung gandum **
1/2 sudu teh baking powder**
** digaul dan diayak

1 sudu teh pandan paste
1 sudu teh serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coklat emulco

CARA:-
*Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170'c*

1.Dalam mangkuk mixer, putar gula dan ovallet sehingga rata.Masukkan susu pekat manisdan telur satu persatu dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang,pekat dan gebu.(anggaran dalam 10 minit)

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar pada kelajuan perlahan.

3.Tuangkan butter yang telah dicairkan tadi.Gaul dengan spatula hingga sebati.

4.Adunan dibahagi 2atau 3 bahagian sama banyak.Satu adunan dicampur esen vanilla,coklat emulco dan serbuk koko.Satu lagi adunan diletak pandan paste dan satu lagi biarkan plain.(optional)

5.Griskan loyang dgn marjerin.Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.

6.Bakar pada suhu 170'c selama 40-45minit,atau sehingga masak.

Kek ni nampaknya macam padat,tapi percayalah teksturnya lembut dan sedikit lembab.Kalau nak mencuba..silakan.





TAPI KAN dalam rajin2 tu sebenarnye ada jugak malasnye...kek pandan ni kalau ikut kan macam resepi kat atas tu siap ada bermarble2 (coklat) tapi sebab nak kejar masa ucu abaikan dulu, sori yer Ell...Insya Allah lain kali nak buat yang bermarble pulak.


Lepas ni kena buat lagi sebab makan tak puas, maklumlah bawak ke opis kenalah kontrol lahap sikit (hihihihi...), makan seketul dua jer...yang lain utk kawan2....



Okey bai..bai..
Wassalam









6 ulasan:

Mama Ann berkata...

Ishh..ishh..dalam kejar masa nak pegi opis pun sempat buat kek ni..mama betul2 tabik lah dekat ucu ni..mama pun nak try buat kek ni..mengancam nampak....

Cheq Sue berkata...

cayalah ucu, dalam nak ke pejabat tu pun boleh bakor kek lagi...

mama sara nur berkata...

assalam ucu
wangilah bau pandan tu ucu emmmm sedapp ni
lama jg tak bikin kek he hee

Acik Erna berkata...

assalam ucu..sedapnya nampak kek ucu ni..

dari dapur nasya berkata...

as salam Ucu....
jgn lupe singgah umah amik award..

KY berkata...

sedapnya KY nak cuba nanti

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...