Assalamualaikum wbt.......
Pejam celik..pejam celikk..dah pertengahan bulan disember, jap lagi dah nak bukak sekolah.
Sementara rakyat jelata semua ada kat rumah ni yg tengah seronok membina badan sepanjang masa macam RTM (rehat,makan,tidur) jadi menu yang simple, ala2 KFC ucu sediakan.
Tapi kalau sekor ayam mmg tak cukup kena 2 ekor, bukan lah sekali hidang dah licin...kebatakan yg melampau kalau habis skali hadap....hahahaha...
tujuan masak banyak supaya sampai ke malam...senang ucu nak berjimba2 tak payah masak lagi utk mlm.
Untuk ayam goreng tepung tu ucu guna tepung KFC adabi jer..jadi tak payah lah nak tempek2 resepinye kan...semua orang tahu buat.
kalau tak tahu jugak bacalah 10x cara@arahan kat belakang kotak tu pastu hapalkan, Insyaallah ayam tu tetap akan rasa macam ala2 KFC jugak..hihihi.
sebenarnya ada bermacam2 resepi n cara nak bagi ayam ni rangup, garing, pedas, dll..cuma tinggal rajinkan diri godek2 jer internet cari resepinye pastu cubalah buat.
Yang ucu nak tunjukkan cuma resepi kentang putar n sosnye sahaja yg ucu ambik dari dapur Madiha aka Ratna yang pada asal sumber dari Daun Pandan@Myresepi, terima kasih untuk kedua2 insan yg baikhati dan sudi memanjangkn resepi ini.
Resepi Kentang
Putar ( ala KFC)
• 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub (
besar2)
• 1 sk lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Rebus kentang dgn sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi
hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi
halus.
4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan
susu secukupnya
Bahan-bahan Sos ( 3 - 4 orang )
• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam (ucu guna brand Maggi)
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat
• garam
Cara-cara:
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar
hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas
api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau
supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik
kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos
tiram dah masin.
Maka dengan ini diumumkan ucu dah tak payah susah2 order or 'q' or take away lagi kat kedai Pakcik janggut putih tu....anak2 pun makan puas, ucu pun jimat $$$$$$.....
Ok bai..bai...wassalam.....
7 ulasan:
Assalamualaikum ucu... tadi ingat RTM tu apa.. ucu keje kat RTM ke? hmmm dah tu baru tau.. hahahahah melampau tul.. :P
tapi yg tak melampau nya.. nani suka ayam tu.. lagi2 ngan kentang putar tu.. fulawehhhhh.. meleleh tul tengok.. kat umah ni pun sama.. klu masak sendiri ayam goreng lagi puas makan.. jimat pun ye juga..
Hai ucu,
ingatkan RTM apalah tadi tu... satu lagi ingatkan orang batak ada kat seberang aje, rupanya ada juga batak di rumah Ucu ye, samalah... batak tu ada juga di rumah Kak Amie.
alahai Ucu ayam dan kentang putar tu menggoda sekali sbb sos nya se akan2 warna oreen best jugak tu boleh di cuba nanti sekali hadap mesti nak dua ekor haha
salam Ucu...mula2 baca n3 ni ingatkan Ucu masak ayam KFC utk staf RTM...rupa2 Rehat Tido Makan....ha ha ha....kentang putar tu husband fiza mmg pandai sgt2 buat...ha ha ha...fiza x pandai...***alasan sbb malaih nak buat....he he he....
Alahai ucu...ingatkan Rtm tu apa....nak pinjam jugalah perkataan tu nanti...
jimat² buat sendiri dijamin kebersihannya kan..
ucu macamana kalau kentang nye cair
Catat Ulasan