Pages

Isnin, 31 Oktober 2011

Bening Cendawan



Assalamualaikum wbt..
Salam Isnin....

Tiada cerita n berita nak dikongsi hari ni ...cuma ada lauk untuk orang yang rajin suam-suam kuku macam ucu ni..masak bening (bahasa jawa) atau masak air dengan cendawan.
Masakan yang simple ni kalau sesekali dimasak mau tak ingat dunia masa makan..


Resipi Bening Cendawan (masak air)

Bahan-bahan
  1. Cendawan  - tak kisah jenis ape pun 
  2. Kacang panjang
  3. Suun - direndam
  4. Bawang putih/bawang merah
  5. Garam
Cara masak 
  1. Basuh cendawan + kacang panjang
  2. Masak air sehingga mendidik kemudian baru masukkan bawang putih/merah
  3. Kemudian masukkan cendawan + kacang panjang +garam+ suun
  4. Dah masak....




Ucu gandingkan pulak lauknya..ikan gelama goreng  kunyit dengan sambal belacan.



Inilah hidangan orang yang malas + ada sikit rajin =  sangat mengenyangkan perut ni (2 kali tambah beb..) huhuhu...

Wassalam...



16 ulasan:

♥MAMASYAZA♥ berkata...

memang sedap ucu, saya pun suka msk yg simple camni, janji ada ikan goreng n sambal belacan, memang boleh tambah 2 x kalo camni

Ida,Japan berkata...

sayur air tu menu sihat ucu...tak yah tumis2 bagai...ada sambal belacan lagi tu, sure la bertambah2 nasi bila mkn ni

Unknown berkata...

Lauk macam ni la sedap, kalau asyik berlemak je....muak jugak kan?

Masya berkata...

walapun simple, sambal belacan tu memang membuka selera dibuatnyer ditambah dgn bening cendawan tu....

quinnie berkata...

ucu..masak bening cam gini memang lagi bertambah makan...hehhehe..sedapnya tengok cendawan tu..suka..:)

liemaopurut a.k.a ana berkata...

simple dan sedap... lauk camni pun dah bole wat makan nasi bertambah-tambah kan ucu hiihhi

Amie berkata...

Masya-allah.... syukur alhamdulillah di atas limpah kurnia dan rezekinya yang tidak terhingga... sakitnya mata ku melihat hidangan yang amat enak ini... Ucu...semuanya sedap, semuanya memenuhi selera kak Amie... Ucu, nanti kalau Kak Amie datang Meru... tak payahlah masak itu ini... yang ini pun dah cukup berselera!...hu hu huu..... nak balik dah, ngences sepanjang jalan ni....

Liza berkata...

sedapnya lunch ucu...biasa liza tambah lada hitam sikit dlm kuah cendawan tu...rasa pedas2 sikit..

Mamasya berkata...

Aslmkum Ucu .Sy suka masak ringkas sayur air letak cendawan..tambah ada sambal belacan...

ady berkata...

as-salam ucu
suka sangat dgn bening2..1st time npk bening cendawan..sedap bening ni mkn dgn sambal belacan..

Acik Erna berkata...

ucu..sedapnya cendawan tu..ucu beli kat mana tu.

Mieza berkata...

Ucu..yang mcm ni yg membangkitkan selera..ikan goerng rangup2 dengan sup bening mcm ni..perghhhhh berselera!

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam.
sedapnye menu2 Ucu, yummy..

kasihredha berkata...

sambal belacan menggoda hati ku

matahati-aishahazhar berkata...

lapo perut ni ucu.. nanti balik tanjong karang bolehlah singgah rumah ucu nak makan bening cendawan ni.. hehehe

ucubakery berkata...

ohhh cayang2 ku sekelian...

@ mamasyaza
@ Ida Japan
@ Zanafahmi
@ masya
@ quinnie
@ liema aka ana
@ K.Amie
@ liza
@ K.mamasya
@ Ady
@ Acik Erna
@ Mieza
@ Mama Sara Nur
@ K.Kasih

akan adanya itu adalah menu yg menyelerakan dan mengeyangkan perut jika dimakan tanpa nasi...tp sebaliknya jika dimakan dgn nasi maka akan bertambah2lah kemontokan badan ku ini...hehehe...

Acik Erna...
Akan sesungguhnya utk Acik Erna ...cendawan ini amat mudah didapati di Tesco dgn bersyarat $$$ mesti ada.....

akan tetapi..jika R/Kebaya mahu singgah juga ..maka tiadalah orang dirumah melainkan sudah pergi bertugas yg tinggal hanyalah periuk belanga dan lesung tumbuk sahaja...

untuk k.Amie amatlah mudah jika begitu kemahuannya....satu periuk ku sediakan beningnya..satu mangkuk ku sediakan sambal belacanya dan 10 kg ku sediakan ikannya...hehehe..(ckp besar dah ni...)

masakan ini ucu tujuan kepada semua yang memberi komen...tqvm...muah..muah..muah......

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...