Pages

Memaparkan catatan dengan label RESEPI ROTI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI ROTI. Papar semua catatan

Sabtu, 26 November 2011

Sardine Puff


Assalamualaikum wbt......
Salam Penghulu Hari...Dan Salam 29 Zulhijjah 1432..hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 1432 dan akan sama2 menyambut  Awal Muharam (1433H) yang jatuh pada hari Ahad (27hb). Terlaksanakah azam kita tahun ini...atau hanya tinggal azam...atau pun akan menambahkan  azam untuk azam tahun depan ..........
Untuk ucu sendiri pun punya azam tiap2 tahun...salah satu azam yang berjaya...ialah  ucu dah sembuh sepenuhnya dari penyakit Hyperthyroidism Hormone..kiranya ini azam tak mau makan ubat main2 lah, sebab ucu ni jenis yang paling malas nak makan ubat, selama 3 thn lebih ucu kena makan ubat yg kadang2 tak menentu jumlahnya. Pernah dalam satu2 masa ucu kena telan 12 biji pil selama 3 bulan dlm 1 hari, nasib baik pil tu kecik je, kalau besar mcm panadol mau pengsan. Jadi kenalah tanamkan azam betul2...jgn makan ubat waktu sakit sahaja. Punca penyakit ni disebabkan ucu terlalu aktif dan tekanan darah yang teramat rendah. Antara  tanda2, berat badan turun mendadak ( bayangkan dari berat 65kg berat badan jadi 47kg), tangan menggeletar sepanjang masa (mcm org parkinson), sembut@lelah, denyutan jantung lalu, selalu pitam dan mudah sangat marah@sensitif...
Alhamdulillah, syukur sangat2 ke hadrat Illahi, sepanjang ucu diduga dgn penyakit ni, Pak Su dgn anak2 terlalu sabar melayan karenah ucu. 

Okeylah..itu antara sedikit azam ucu yang dah terlaksana...azam yg menunggu masih panjang berjela lagi....kalau nak dihuraikan..mau ada yg malas nk baca entry ucu hari ni....

Kita tutup cerita tadi, hari ni ucu hidangkan breakfast yang senang banget cara pembuatannya....sardine puff ...


Resipi Sardin Puff 

Bahan-bahan
  1. 1 tin sardin 
  2. 1 bungkus puff pastry (lihat gambar disebelah- cari kt tesco/giant/dll)
  3. 2 biji kuning telor
  4. 2 biji bawang merah - dihiris
  5. 1 biji bawang besar - dihiris
  6. 3 ulas bawang putih - dihiris
  7. Cili giling @ cili padi - ikut citarasa
  8. 1 biji limau kasturi
  9. Garam
  10. Minyak utk menumis


  1. Cara-cara masak sardin :
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang dihiris
  3. Kemudian masukkan sardin dan masukkan garam, cili 
  4. Akhir sekali masukkan air limau kasturi

Cara-cara menggunakan puff pastry yg dah tersedia ada..
  1. Pastikan puff pastry berada dalam suhu bilik
  2. Kemudian ambil penggelek dan gelek sedikit -tujuan utk menipiskan puff
  3. Dan masukkan sardin dan tutup/kelim dgn garpu - buatlah ikut kreativiti masing2
  4. Kemudian sapu kuning telor diatas puff tadi.
  5. Dan bakar sehingga 20-25 minit.



Sebenarnya kalau rajin kawan2 boleh buat sendiri puff ni...buatnya tidaklah rumit mana, itu  kata orang yang selalu buat...Ucu pulak  jenis orang yang memang suka guna yg  instant2  dengan alasan..susah lah nak buat ..beli aje lah yg dah ada kt tesco.., mentang2 tesco ni sebelah bangunan jer jadi panjang lah langkah... hihi...




Jemput makan yer kawan2.... Akhir kalam....
Selamat Menyambut Awal Muharam....



Jumaat, 21 Oktober 2011

Aiskrim Goreng



Assalamualaikum wbt...
Salam ceria dipagi Jumaat....

Hari, ni hari terakhir menu dari roti untuk bulan ni la...aiskrim goreng. Mula-mula dengar aiskrim goreng ni 2@3 tahun yang sudah, rasa macam pelik sesangat..jenuh membayangkan macamana rupe paras aiskrim yang dah digoreng ni. Anak2 bila balik sekolah selalu merengek nak beli (masa tu ada org jual dekat kawasan sekolah), tapi dia punya harga punya lah mahal RM 3.00. Bayangkanlah kalau 3 orang dalam satu masa dah RM 9.00 ...belum lagi duit belanja sekolah..hiss..hiss..kopak tayar bas kalau hari2 minta benda ni. Itu kisah dolu2, masa jahil lagi nak cari resipi kat internet. 

Dan sekarang lihatlah hasil kerajinan menjenguk dapur kt tenet...inilah percubaan pertama ucu. Resipi ni ucu ambik dari myresipi..tapi dah x ingat siapa empunya resipi ni (minta maaf banyak2), sebab masa buat ni main ingat kat kepala jer tak buat copy paste pun..


Buat aiskrim goreng ni kena banyak bersabar dan cepat, sebab aiskrim akan mudah cair kalau kita buat dengan lemah gemalai...jadi kena lah tukar rentak lemah lembik tu kepada gelek Inul Darsitha (betul ke ejaan ni..) . Rasanya...emmmm amat2 sedap...panas diluar tapi sejuk didalam...

Aiskrim Goreng

  1. Bahan-bahan
  2. Roti - tak kira brand apa
  3. Ais krim 
  4. 1 sudu tepung jagung
  5. Sedikit air - utk bancuhan tepung jagung
  6. Penggelek 


yang belum digoreng
Cara-cara :
  1. Gelek roti tadi sehingga nipis
  2. Kemudian bubuh airkrim ditengah2 roti dan tutup semula dengan roti yang lain
  3. Sapukan air jagung dihujung roti - tujuan supaya melekat
  4. Dan akhir sekali tekan dengan garpu  dihujung roti tadi
  5. Simpan dalam peti ais (beku) selama 1 malam 
  6. Goreng dengan minyak yg banyak tapi pastikan api jgn terlalu besar



Aiskrim goreng ni ucu buat khas untuk Cikgu Nuwairani  cayang  di Kinabatangan, Sabah, semoga dipagi nan ceria ini cikgu pun seceria  matahari yg memancar jangan mendung-mendung lagi yek. 

Kengkawan yang lain pun jemputlah cuba....
Sodap hingga menjilat jari...

Oklah ucu nak tutup pintu dulu..sapa cepat dia dapat..sapa lambat pun dapattttt....

Wassalam



Khamis, 20 Oktober 2011

Roti Sardin


Assalamualaikum wbt...
Salam Khamis...

Hari ni menu berasaskan roti lagi. Roti sardin kegemaran Akid, kalau boleh hari-hari dia nak roti ni. Kadang2 jer ucu ikut kemahuan dia. Dan macam biasa kalau ucu masak dialah yang rajin  tolong, sibuk nak  hancurkan telorlah, pastu sibuk nak celupkan roti dalam telor pulak, disebabkan terlebih tolong  kekadang ucu naik sebel jugak..aduhai..anak..anak...

Inilah hasil kejadian JV (joint venture) anak beranak kat dapur semalam....


Ini bahan-bahan yang ucu gunakan. Masak sardin macam biasa, ucu malas nk taip cara2 nak masak, jadi tengok gambar pun dah tahukan.


Resipi Roti Sardin
Olahan : http://ucubakery.blogspot.com/
  1. 5 biji telor
  2. 10 keping roti 
  3. 1 tin kecil sardin 
  4. Bawang merah/bawang besar
  5. Secubit garam
  6. Cili giling - tak bubuh
  7. Minyak utk menggoreng





Dah siap.....baca doa sebelum makan dulu...
 للَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (ehsan pak cik google)

dah kenyang jangan buat-buat tak ingat pulak, 
bacalah doa selepas makan ye...
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِ (ehsan pakcik google)

Wassalam...





Rabu, 19 Oktober 2011

Roti John Bajet



Assalamualaikum wbt...
Salam Rabu.

Ucu nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kat Pak Su kerana telah meringankan tulang 4 kerat untuk menyediakan hidangan minum petang kami sekeluarga hari minggu (ahad) tadi. Lagi satu rasanya memang sesuai pun kot orang lelaki yang masak sebab nama JOHN tu kan nama lelaki.....jadi tukang masak pun kenalah sewaktu dengannya.
Di tambah pulak ucu tak payah dah nak sengal2 fikir nak masak ape, lagipun tangan dah siap sapu losyen sayanglah pulak  nak bagi  basah balik....hihihi (angin mengada dah sampai..)

Lihat lah hasil kejadian roti john ni....


Ucu tuliskan bahan-bahan dengan cara2 masak yang Pak Su guna....


Roti John Mini
Olahan : http://ucubakery.blogspot.com

Bahan-bahan ;
  1. Roti John - tak kisah nak guna brand ape
  2. 10 biji telor - 
  3. 3 sudu besar serbuk kari
  4. Daging burger - dihancurkan 
  5. Timun/Tomato/bawang
  6. Secubit garam


Cara-cara
  1. Kacau telor bersama serbuk kari + secubit garam
  2. Masukan bawang(dipotong nipis2)  + daging burger
  3. Ambil sesenduk bahan tadi dan ratakan diatas kuali, kemudian letakkan diatas nya roti john
  4. Pastikan api jangan terlalu kuat..nanti hangit.





Kalau en hubby mieza cayang suka yang hitam pada kuih bakar yg  mieza buat tu,  ucu pun tak kisah lah  jugak ada yang hangit pada permukaan roti yang Pak Su buat ni.....janji  sodapppp..... 

Oklah ye ...esok menu roti  lagi...biar kengkawan boring   asyik2 roti..roti..roti.....

Wassalam......









Isnin, 17 Oktober 2011

Roti Jala


Assalamualaikum wbt...
Salam Isnin...

2 hari cuti tak berentry..dah jadi cuti wajib lah pulak sejak dua menjak ni...mentang-mentanglah tuan tanah gedaung cuti, entry pun ikut cuti jugak...sebab sabtu n ahad adalah hari menyervice   rumah...

Walaupun penat...tapi ucu sempat juga buatkan roti jala dimakan dengan kari ayam untuk minum petang permintaan Pak Su... 
Bahan  dengan cara buat memanglah tersangat senang...tapi yang tak berapa nak senang tu masa masak memang panjang, nak-nak kalau buat sampai 1 kg tepung, mau kejang kaki berdiri lama-lama...tak caya? cuba lah buat sampai 1 kg baru tahu lenguh ke tidak...TAPI kalau buat dengan niat ikhlas untuk anak2 n suami, tak kan  buat 2 @ 3 kg pun merungut kot, nak2 kena puji, kembang semangkuk je hidung tu, lenguh pun tak rasa...


Ucu cakap jer lebih sebenarnya, ucu pun buat 1/2kg je...itupun dah banyak..boleh sampai ke malam lagi..dah tak payah makan malam dah...

Ni ucu turunkan bahan, cara masak dengan petua2nye sekali.. kalau rajin tulislah..tapi kalau terlajak malas copy paste jah..no hal lah...

Resipi Roti Jala
Olahan   Ucubakery

Bahan-bahan

  1. 1/2 kg tepung gandum
  2. 3 cawan air
  3. 1 biji telor
  4. Secubit garam 
  5. 1/2 sudu minyak
  6. Pewarna kuning/serbuk kunyit
  7. Acuan roti jala


Cara-cara

  1. Satukan tepung + telor+garam bersama air- bancuh jgn pekat n jgn terlalu cair
  2. Masukkan warna / serbuk kunyit
  3. Bubuh minyak kedalam bancuhan tepung tadi


Petua
* tujuan minyak dicampur terus kedalam bancuhan tepung supaya masa masak roti jala ni nanti  tak melekat dan jangan bubuh minyak lagi kat kuali masa masak.


Jemput makan.....esok kita makan roti lagi ye...tungguuuuuuuuuu....wassalam.


p/s.......
teringin nak guna acuan yang 3 lubang tu..jenuh cari tapi tak jumpa jugak...

Rabu, 28 September 2011

Roti Roll Sousage


Assalamualaikum wbt......
semalam pagi pergi jalan-jalan, pastu singgah sekejap kat dapur ida japan tekan sini intai2  ida  masak apa..rupanye hari tu dia masak nasik lemak lauk chicken tempura breadcrumb.....terliur dibuatnya...
Disebabkan ternampak menu ada breadcrumb teringat kat dapur ada lagi stok serbuk roti , tapi ayam lah pulak tak ada, yang ada cuba roti dengan sausage.
Sesampai je rumah terus masuk dapur cari b/crumb pastu bermulalah operasi masak memasak (mcm buat masakan berat je gamaknye..padahal kudap2 jah...), sebab sampai rumah pun dah pukul 6.30ptg jadi kelentang kelentong siap masak betul2 azan maghrib...maka jadilah minum petang bawa ke malam....


Resipi Roti Roll Sousage 
Olahan : ucubakery

Bahan-bahan


                    1. 10 kpg roti 
                    2. 10 batang sausage
                    3. Breadcrumbs
                    4. 2 biji telor
                    5. Minyak

Cara-cara :
  1. Kukus roti dlm kukusan selama 1@2 minit -tujuan supaya roti ni lembut n senang nak gulung
  2. Letakkan sausage atas roti tadi dan gulung
  3. Kemudian celupkan roti dalam telur dan gelek/tabus atas roti tadi,buat sampai habis
  4. Goreng hingga masak dan bolehlah dihidang

  

Beginilah hasil kejadian roti roll sousage yang sedap dimakan panas-panas... semestinya ranggup..krap..krup..krap..krup bunyinya...jemput makan...
Alhamdulilah dah kenyang....ucu tutup pintu dulu yer..by..by...

Rabu, 18 Mei 2011

Roti sardin

Asalamualaikum wbt kawan2....Selamat kembali bertugas...jgn malas2 yer, mana yg memang sambung cuti hari ni teruskan bercuti..mana2 yg sakit cepat2  ambik mc..(boleh sambung cuti lagi..huhu...eh eh..bukan utk seronok2 ye utk rehat...)
Walaupun semalam cuti..ucu pun dilanda penyakit 'M' jugak, jadi maknanye buat sarapan pun ala kadar aje la...cuma sandwich sardin dengan air teh bujang aje..(air teh je yg bujang yer...)yg penting perlu sarapan  utk alas perut...


Kat sini ditempekkan resipi utk. buat sandwich ;
Bahan2
1. 1 tin sardin - brand ape2 pn boleh (ucu guna ayam brand)
2. 3@ 4 ulas bawang merah - dihiris *
3. 2@ 3 ulas bawang putih - dihiris *
4. 1 biji bawang besar - dihiris bulat
5. 4 biij cili padi - dihiris * (ikut selera masing 2 kalau nak pedas tambah lagi cili tu..)
6.  Garam
7. 3 sb Mayonis
8. Air perahan limau kasturi/asam jawa

Cara2..
1. Panaskan kuali n masukkan minyak dan bila minyak dah panas terus masukkan semua bahan bertanda *
2. Bila semua bahan bertanda * kekuning2 an masukkan sardin
3. Tambahkan sedikit air supaya sardin tadi tak cepat hangus
4. Bubur garam + air limau/asam
5. sebelum api dimatikan  bubuh mayonis (dikacau), gaul bagi sekata/semesra kuali  dan boleh la dihidang @ dibakar dengan roti....selamat mamam..








Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...