Pages

Memaparkan catatan dengan label RESEPI MEE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI MEE. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2012

Laksa Penang



Assalamualaikum wbt......




Bacalah pantun 3 kerat yang tak ada kait mengait tang bunyi ni yer....

atas laksa penang
tengah  bunga melati
bawah sekali  kek

Ok tak pantun tu...kehhh..kehhh


Last buat laksa penang ni raya tahun lepas, masa ucu buat rumah terbuka. Tapi gambar2 ni semua  jangan ingat tahun  lepas punya yer...  ini laksa hujung minggu tadi punya...


Ini petua orang dolu2 kalau setiap kali nak masak ...iaitu baca bismillahiramanirahim...berselawat ke atas Rasul S.A.W dan Surah Al Fatihah....InsyaAllah senang dan sedap....

Diringkaskan seringkas2nya nehhh resipi yang selalu ucu masak...


Resipi Laksa Penang

Bahan-bahan:


Laksa - direbus & ditoskan
  • 1kg ikan kembung - direbus, ambil isi & dikisar.. (airnya jgn buang)
  • 10 tangkai cili kering dikisar  - boleh tambah kalau nk lagi pedas
  • 3 biji bwg merah - dikisar  
  • 3 biji bawang besar - dikisar
  • Belacan ikut suka tapi biasanya guna banyak  - dikisar
  • 2@3 kuntum bunga kantan
  • 5 keping asam gelugur
  • Daun kesom
  • Garam
  • Sedikit perasa
  • Timun -dihiris nipis  
  • Salad -dihiris
  • Telur rebus
  • Limau nipis/nenas
Cara-cara
  1. Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak. Angkat dan asingkan tulang ikan, kemudian kisar isi ikan
  2. Campurkan air  rebusan ikan tadi semasa mengisar ikan 
  3. Tapis air rebusan ikan, masukkan bahan kisar, masukkan ikan, asam gelugur, daun kesum, bunga kantan
  4. Kemudian masukkan garam dan perasa - biarkan mendidih seketika
  5. Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.


Jemput makannnn......


**************************************

Cuci mata kejap yer kawan2....



Bunga melati...


*****************************************

Macam  biasa,

Tempahan dari Regular Customer ...C.Normala untuk kawan2nya (Sek. Keb. Binjai (Meru) yang menyambut birthday pada 18/4/2012...




Manakala kek pelangi ni pulak ditempah oleh orang yang paling banyak berjasa pada taman kami...Pn Kamariah, sempena pertunangan anaknya. Beliua ni tukang urut kat kawasan rumah ucu...jadi majoriti kt taman ni n kawasan2 yang sewaktu dengannya selalu berurut dengannya ...

Okey lah yer..ucu nak balik awal hari ni...
ada appoitment dgn  dot...dot....dot....

Wassalam...




Isnin, 9 April 2012

Mee Bandung dari Restoran UB



Assalamualaikum wbt........

Menu yang paling ucu suka,mee bandung, warna lebih kurang macam mee udang, tapi kuahnya agak pedas sikit...
Kali ni ucu makan kat restoran@cafe UB....., restoran ni tak kisah banyak mana pun kita nak makan, berkali2 tambah pun tak pe...bak kata orang2 tua yang marahkan anak....makan le sampai muntah...
chef yg masak ni malu2 kucing sikit kalau dipuji dan kadang2 boleh tersenyum sampai ke telinga (tapi dlm hati - puji lah lagi- pujilah lagi...hihihi) tentunya Chef Othman..

Terus kepada resipinya ....




Mee Bandung Pak Su
Sumber : Pak Su /ucubakery

Bahan-bahan

1 bungkus mee kuning

 Bahan utk kuah ;

5 sb Cili giling - kalau nk pedas, boleh tambah
4 sb sos cili kimball
4 sb sos tomato kimbal
1 sb sos tiram
2 biji bawang besar - dicincang
5 ulas bawang putih - dipukul/dicincang
1/2 inci halia - hiris besar2
1 bungkus sup bunjut - brand adabi
Garam
2 biji telor - dipecahkan (tujuan utk memekatkan sedikit kuah
3 biji telor - utk dimasukkan dlm kuah 
Sawi 
Kobis - x letak
Minyak utk menumis
Air - ikut kepekatan yg diingini
Daun sup
Bawang goreng
Udang/ayam/sotong



Cara-cara 

Celur mee kuning - masukkan dlm bekas berasingan
rebus@ celur sawi  - masukkan dlm bekas yang berasingan
Tumis bawang putih, bawang besar dan cili giling hingga kekuningan 
Kemudian masukkan  air (ikut kepekatan yg diingini), sup bunjut dan sos cili/sos tomato/garam
Setelah beberapa minit, masukkan udang/ayam
Agak2 udang/ayam dah  masak baru masukkan telur yang telah dihancurkan tadi ke dlam kuah- utk memekatkan sedikit kuah
Apabila kuah dah sekata mesra barulah dimasukkan telur sebiji sebiji kedlm kuah tadi. (kalau nk selamat@cantik, pecahkan dulu dlm mangkuk lain baru masukkan dlm kuali yg ada kuah tadi)
Bolehlah dihidang dengan daun sup/limau/ bawang goreng

** kalau nak pedas lagi..masukkan cili padi



Ni pehtua orang dolu2.....

KALAU NAK MERASA GUNALAH PIRING
SUPAYA BERSERI MASA BERSANDING
hanya untuk anak dara atau bujang sahaja ..

Tapi cara ini amat2  dilarang keras dan x layak  kepada tukang masak tu sebab,dia dah bersanding dgn cukup berseri lagi 17 thun yang dulu .... kalau nak jugak mau kuah mee ni jadi air mandi bunga jadahnya...hahahaha

sebenarnya ini bukan petua...cuma lirik lagu orang jaman dolu2..masa tu ucu dengar kt klasik nasional..tajuk lagu ni PANTANG LARANG penyanyinya ucu tak ingat sapa...hihihi..




restoran@cafe UB tu cuma ada kt Jln Belimbing Meru jer..kalau sapa2 nak merasa kena order sebulan dari tarikh nak makan dan kena bawak pengeras sekali....


Apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga ye Pak Su sebab dalam deman2 pun sempat masakan binik dia yang segar bugar ni melantak....

Okeylah matahari dah tegak kt kepala ni...ucu nak soru dulu...

bai..bai...

Wassalam


psst...
UB (ucu bakery)





Isnin, 20 Februari 2012

Mee Goreng Kerang..



Assalamualaikum wbt........


Selamat pagi kawan2....tentu semua dah sarapan kan...tapi ucu tetap nak goda  lagi dengan gambar kat atas tu....boleh ke...? ada yg dah ngences....


Selalunya kalau masak mee mesti ada daging, ayam, udang, sotong...tapi kali ni ucu saje2 nak tukar selera tukar semua haiwan2 yang dilaut n didarat tu dengan kerang pulak..



Disebabkan cara masak n bahan kebanyakkanya  sama dengan masak mee goreng yang selalu dimasak jadi untuk kali ni ucu ada kemalasan nak menaip resepi...kita tenung dulu gambor2nya...nanti ada kelapangan ucu buatkan resepinya ye..







Ingatkan buat kelainan macam gini rakyat kat rumah suka...rope2nya...semua kerang depa tolak tepi...yang lain depa pulun pi perabih jugak.....





Kalau ada jeruk cili hijau  mau  dah rasa macam makan char kuey teow kot.....apa2 pun sapa2 yang berkenan tu cuba2 lah buat....


Okey by..by...








Khamis, 29 Disember 2011

Meehon Goreng & C/C Mousse Banana Again...



Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi pegi kerja tak lah kelam kabut sangat..macam biasa jer, tapi entah kenapa dah nak dekat2 ofis baru teringat h/phone tertinggal kat rumah...Aduiyaiiii...macam mana boleh jadi mcm ni.  Kalau dulu x de h/phone sikit pun tak heran..tapi skrang ni kalau benda besi tu x de macam makan budu xde cili je rasanya. Pastu siap talipon rumah pesan dekat anak2 jangan main game@internet  kat tipon ucu, takut2 ada incoming call..(perasan glamour la pulak..) mana la tau kot2 ada order..hihihi..yg penting masyukkkkk...


Okeylah itu kisah selingan pagi tadi...sekarang kita pegi ke menu meehon goreng ekspress. Ucu masak ni x sampai 20 minit dah siap..ekspress kan. Sebab ape jadi macam tu.. sebabnya ucu guna baki sambal nasi lemak, jadi x payah dah nak susah2 pedih2 mata nak kupas bawang tinggal tumis saja....

Bahan2 dan cara macam ni ye...

Resipi Meehon Goreng Ekspress

Bahan -bahan

1 bungkus meehon - dimasak sebentar @direndam dgn air panas -ditoskan
5 sb sambal nasi lemak *
2 sb sos cili (option)*
2sb sos tomato *
2 sb sos tiram *
2 sb kicap manis@masin *
3 sb kicap pekat *
Garam
1 kiub pati ayam (option) *
Udang/sotong
Daging/ayam - x taruk pun 
Sawi 
Kobis - x de stok
Taugel - x de stok
Sedikit air
Minyak untuk menumis


Cara-cara

  • Panaskan minyak masukkan bahan bertanda * sehingga naik bau (bubuh minyak jgn banyak sangat)
  • Baru masukan udang/sotong dan sedikit garam dan sentiasa dikacau. Rasa dan adjust kalau ada yang kurang
  • Bubuh sedikit air dan apabila semua bahan tadi dah mengelegak baru  masukkan meehon dan sayur - sentiata dikacau sehingga agak kekeringan
  • Apabila meehon sudah lembut dan rasanya sudah sebati baru matikan api dan bolehlah dihidang
  • Hiaslah dengan bawang goreng/daun sup/limau dan yg sewaktu dengannya.





Haaa.. dah jamu mata dengan meehon kan ...lepas ni kita jamu mata dengan desert pulak...

Kalau semalam ucu tunjuk kek birthday bos Pak Su....hari ni  ucu tayang kek birthday boss ucu pulak... 

Masih menu yang sama...Chocolate Cake Mousse Banana


Sebenarnya kek ni ucu bagi pada  21/12/11 minggu lepas bersamaan tarikh lahir dialah...Kalau  nak tau, ucu lebih ingat no. I/C bos, I/C  director2 yg lain even i/c wife dia pun ucu ingat, sebab ucu kerja kt company ni dari anak dara  sunti sampai dah ada 4 orang anak...
Tapi yang paling sades no. I/.C pak su langsung tatak ingat....ampun ya Pak Su...hihihi...


Memandangkan ucu  ni spesis pemalas nak menyediakan@ mengemas segala bagai piring n cawan kt opis  jadi ucu cadangkan kek tu  dikendurikan dengan anak2 n wife dia saja (kt rumah), habis cerita.



 kek ni baru keluar dr.peti ais itu pasal ada mcm berair2..tu..



Pada yang berkenan kat strawberi tu ambik lah ye..tak marah ponnn..(sbb kek ni bukan hakmilik terpelihara ucu lagi hehehe..)

Selamat makan tengahari kawan2....by..by..
wassalam...






Jumaat, 28 Oktober 2011

Kuey Teow Kicap 3 Serangkai...



Assalamualaikum wbt..
Salam ceria dipagi Jumaat...

Dari malam tadi ucu seronok sangat.. menyengeh memanjang, kalau boleh nak melompat2, nasib baik over weight (seb baik sedar diri lagi). Nak cerita kat sini gambarnya belum siap diedit, Insyaallah, coming soon akan ucu ceritakan sebab ape hati ni senantiasa berbunga  mekar sampai ke pagi.....tungguuuuu....

Okey kali ni ucu masak makanan  kegemaran along, Kuey Teow Kicap 3 serangkai. Yang dimaksudkan 3 serangkai tu cumalah 3 jenis kicap jah.....kicap manis+ kicap masin+ kicap pekat, maka jadilah kicap 3 serangkai....saja nak buat eksen kat tajuk  jer.

Kalau sebelum ni ucu masak siap ada udang saiz XL tapi kali ni bayang udang pun takde...cuma ada kerang. Kita layan dulu gambar yang meruntun jiwa ni  ye.... 


Resipi Kuey Teow Kicap 3 Serangkai

Bahan-bahan :

  1. 1 bungkus kuey teow 
  2. Kerang 
  3. Daging/ayam
  4. Bawang merah * - dikisar
  5. Bawang putih * - dikisar
  6. 1/2 cwn Air rebusan udang - option
  7. 2 sb Kicap masin 
  8. 1 sb Kicap manis
  9. 2 sbKicap pekat 
  10. 3 sb cili giling
  11. 2 sb sos cili
  12. Kiub ayam * - dikisar
  13. Sedikit garam
Sayur2
augel n daun bawang/kucai
  Cara masak :
  1. Tumis bahan yg bertanda * sehingga kekuningan
  2. Kemudian masukkan daging, tunggu sehingga masak
  3. Baru masukkan cili giling/sos cili/3 jenis kicap di atas
  4. Masukkan air rebusan udang
  5. Apabila bahan2 paste ni dah betul2 masak baru masukkan kuey teow + sayur
  6. Dah siap...
** gandingan yang mantop kalau ada jeruk cili hijau...masam-masam gitu...



Inilah hidangan kuey teow kicap tiga serangkai....ngancam tak...? tengok gambar memang lah mengancam..tapi rasa belum tentu lagi...huhuhu........

Ok, wassalam....





Rabu, 12 Oktober 2011

Mee Kasar digoreng lembut

Assalamualaikum wbt...
Salam Rabu...

Hari ni ucu belanja...jom makan mee kasar....ucu masak lebih ni..mai la bawak piring, pinggan, tupperware tak kisah asal boleh ditapau. Ceduklah  sebanyak mana yang kawan2 nak..TAPI sila gunakan kepakaran kengkawan untuk mengimiginasikan cara2 mentapau mee kasar ku ini...
Ucu memain je..gurau hari Rabu, takkan itupun nak menyampah kot...

Oklah (serius ni), kali ini  ucu hidangkan mee kasar yang tersangat simple sebab dalam peti aisbox kat rumah ni satu umat  udang/ayam/daging elek..yang ada cuma fried chicken brand tesco. Tak kisah lah kan janji masak n budak2 tak merengek..


Mee kasar ni kawan@jiran lama -K.Zah yang memperkenalkan....terus jatuh hati, sebab mee ni tak berminyak. Rebus mee ni pun jangan lama2 takut nanti terlembik pulak, jadi dah tak berapa sedap, agak2 nak lembut tu matikan api, kemudian ditoskan.

Bahan dengan cara nak masak lebih kurang sama macam nak masak mee goreng...

Resipi Mee Kasar di goreng lembut 
Olahan : ucubakery

Bahan-bahan ;
Satu bungkus mee kasar (mcm kt gambar tu) - direbus n toskan
Bawang merah -dikisar
Bawang Putih  - dikisar
4 sb - cili giling
2 sb - sos tiram
3 sb -kicap pekat
2 sb -kicap manis
Garam
sayur sawi
Daging/ayam/udang - *ucu x bubuh

Cara masak
tumis semua bahan kisar bersama dengan cili/sos tiram/kicap manis/kicap pekat
Dah naik minyak masukkan sawi
Kemudian baru masukan mee kasar tadi
Dah siap, senangkan.

Mee ni ucu hidangkan dengan  fried chicken...laju je habis, seronok tengok diorang makan... 



Sebelum tutup tudung periuk...Jemputlah jamu mata.....








Wassalam...

Selasa, 16 Ogos 2011

Char Kuey Teow


Assalamualaikum wbt....ni juadah buka posa hari ahad tadi...simple je...char kuey teow goreng. Yang ni pulak permintaan anak sulung (Afiq)..yang digandingkan dengan soto ayam (insyaallah resipi soto akan menyusul...).


Ucu ni bukan lah pandai sangat masak char kuey teow ni...sekadarnye aje. Selalunye ucu guna bahan dan cara macam kat dibawah ni ;-


Bahan-bahan ;-


A. Paste

  1. 4 ulas bawang putih -diketuk
  2. 6 sb  sos tiram
  3. 3 sb sos cili
  4. 3 sb kicap manis
  5. 3 sb kicap pekat
  6. 2 sb pati ikan bilis
  7. Sedikit garam
  8. Air rebusan udang/air sejuk

B. Bahan ;

  1. 1 bungkus kuey teow
  2. Taugel & daun kucai 
  3. Kerang
  4. Udang
  5. 3 biji telur
  6. Bawang goreng + limau (utk hiasan)

Cara-cara ;

  1. Tumis bawang putih yg dah diketuk tadi
  2. Masukkan semua bahan paste - masak sehingga mendidih
  3. Masukkan udang
  4. Agak2 udang tu dah masak separuh baru masukkan taugel,kucai,kerang dan akhir sekali telor.
  5. Dah siap dan boleh dihidang
  6. Hias lah dengan daun sup/limau/cili ceruk

 ** air tu kalau rajin buatlah air rebusan udang...kalau tak berapa nak rajin guna air biasa pun boleh...


CKT  ni sedap dimakan panas-panas nak-nak lagi ada cili ceruk...perrgghh..terangkat kening dibuatnye....

Oklah ucu stop kat sini dulu la ye....Wassalam.










Sabtu, 2 Julai 2011

Rock & Maggie

Assalamualaikum wbt....selamat berhujung minggu semua kawan-kawanku....Hari ni sabtu, mesti banyak plan...pasti ada yang nak pi shopping (al maklumlah awal bulan), ada yang nak pi kenduri kahwin tu selamat gantung periuk (takyah masak tengahari le jawapnye), atau pun pegi main layang-layang macam kawan bloger kita tu, lily n qis....
 dan pada yang sangat2 rajin mencuba resipi baru....ucu ucapkan selamat membaking....


Malam tadi....ucu masak paling special, walaupun penyakit 'M' ni datang....maggie kari  n jus rock melon....
Sesekali makan maggie ni sedap jugak..
Walaupun hanya sekadar maggie sahaja tapi bukan yang jenis rendam pastu bubuh ajer perencah....ini maggie  ada aksessories.


Ini cara dan bahan2 masakan; (untuk 1 bungkus)
  1. 1 bungkus maggie
  2. 3 ulas bawang putih - ditumbuk/dipukul dgn parang (macam kt kedai) *
  3. 1 biji bawang besar
  4. sedikit daging ayam
  5. 1 biji telor
  6. sawi - ikut citarasa
  7. cili padi - dihiris
  8. brokoli ikut citarasa
  9. sedikit minyak utk menumis
cara masak;
  1. tumis bahan bertanda *
  2. bubuh perencah
  3. masukkan air
  4. bila sudah mendidih baru masukkan daging ayam
  5. masukkan juga sawi/brokoli/bawang besar
  6. akhir sekali baru masukkan telor (macam kt gambar tu)
  7. dah siap...
**malam tadi ucu masak 4 bungkus jadi pandai2 lah ejasnye kalau nak masak banyak.



Balance rock melon hari tu ucu blander buat air...maka jadilah rock melon jus...
cara buatnye sangat simple n mudah....cuma perlu rock melon/gula/air/sedikit air terus bland...
Ucu buat air sikit jer...yang banyak buahnye...masyallah sedapppppnye..... 
sekali teguk sejuk menjalar ke tekak......



Maggie + jus rock melon...memang berbaloi2..kenyang sama macam makan nasi....jadi pada sesiapa yang ada penyakit 'm' ni boleh la cilok ucu punya resipi ni....mana lah tau kot2 ada yang masih tak tau macam mana nak masak maggie ni....terutama yang bujang2 tu....dan untuk anak buah ucu Ira yg kt mesir tu...

Masa ucu buat entry ni ucu tengah bakar red velvet cake....sapa2 yang nak minta sepotong jemputlah datang ke dapur ucu...bukan sekarang tapi esok...huhuhu....selamat berhujung minggu dengan keluarga tercinta....Wassalam.




Isnin, 6 Jun 2011

Mee bola

Assalamualaikum...salam Isnin...minggu ni minggu ke 2 cuti sekolah bermakna tinggal berapa hari lagi dah nak buka sekolah....pada ibu2 yang sibuk kat dapur tu..ni ucu bagi masakan yang simple dan mudah penyediaannye...mee bola...sebenarnye mee sup selop ajer..saje nak bagi gembak....




Mee ni hidangan kami sekeluarga malam sabtu tadi....pada sesiapa yang nak masak mee ni resipi mcm biasa ada kt bawah ni hah...




RESEPI MEE SUP BOLA
 Bahan
  • 1 @ 2 bungkus mee (dicelur)
  • 1/2 kg ayam (ambil dagingnye sahaja)
  • sawi - ikut citara sendiri
  • fish ball 
  • Daun sup
  • 1 inci halia
  • sedikit lada putih/hitam -diblander
  • 2 keping asam gelugor@ asam keping
  • Sup bunjut adabi
  • Bahan tumisan -bawang merah/b.putih/halia/kayu manis/bunga lawang/
  • Air 
Cara
  • Tumis semua bahan tumisan +  bunjut adabi 
  • masukkan air
  • kemudian apabila sudah mendidih baru masukkan ayam
  • Masukkan fish boll (jgn dipotong supaya nampak macam bola)
  • Masukkan sawi + lada putih 
  • Bubuh la garam + perasa (jika ada)
  • Bila dah masak  bolehlah  dihidang...




Ucu kalau masak mee sup ke..bihun sup ke...tak  bubuh kobis dengan taugeh sebab pada ucu kalau bubuh benda alah tu rasenye mcm ada gangguan sikit.....lagi pun ini kan  menu simple....

Oklah ucu stop dulu....Selamat makan tengahari.....

Inilah hidangan kami malam tu....simple kan..

Sabtu, 28 Mei 2011

Mee cuti sekolah & apam kek (melawan kata...)

Assalamualaikum..wbt.... selamat minum petang....kali ni ucu malas nak story panjang lebar.....penat pagi tadi belum lagi habis...alkisahnye, pagi tadi tersangatlah lintang pukang..buat kerja last minute... ada  tempahan  c/cuke mini (coklat ganache)  200 biji.....salah sendiri sebab cikgu ni  dah order dari semalam (jumaat) nak ambik jam 10.00pagi.....tapi alhamdulilah settle jugak akhirnye.....

Menu tengahari - menu kedai ajer....jadi petang ni bawak ke malam menu mee goreng budak cuti sekolah (Pak Su kata...) masak ni main campak-campak ajer...pastu siap...hidang ...and ngap....







Ni pulak apam kek .....sebenarnya ucu nak buat apam senyum tapi...tak tahu mana salahnye..... maka jadilah apam kek strawberi (emulco) .... apam ni lembut sangat, cuma dia x nak senyum...walaupun sipembuatnye dah senyum simpul habis ....(tak puas hati lagi ni....jap lagi nak buat lagi....tunggu nye hasilnye...)

Ini lah santapan petang bawak ke malam 2 in 1.....(agak2 ni orang rajin ke orang malas....?)
Selamat minum petang dan makan malam .....

Macam bendera jepun la pulak....

Resipi Apam Jambu;
Bahan2:
2 biji telor
2 cup tepung kek
1/2 cup susu cair
1/2 cup yogurt
1 3/4 cup gula castor (blh dikurangkan)
1 sk ovellate
1 sk esen vanilla
1/2 double action bakingpowder

* campurkan semua bhn2 tu dan pukul sampai betul2 kembang
* pastikan kukusan dah mendidih n bolehla dikukus
* kukus selama 15minit

cubala buat apam kek ni sangat2 gebu...sekali ngap dah lebur....hee..hee...


Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...