Pages

Memaparkan catatan dengan label RESEPI SAMBAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI SAMBAL. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2013

Sambal (cili padi) anak sotong kering berasap....



Assalamualaikum wbt.......

Asyik kek jer sepanjang minggu, hari ni ucu tukar angin pulak pada makan yg ada kolestrol jugak, iaitu  nasi lemak sambal anak sotong kering.


Kebetulan ucu n paksu pegi satu kedai kat Bukit Kapar nak beli ikan2 segar (nama jalan tu rasanye Paya Barat kot) ternampak lah pulak anak2 sotong kering ni yg dah siap berbungkus, bersebelahan kedai abang jual ikan ni.



Sotong ni keras, jadi sebelum masak kena rendam dulu, kalau nak cepat rendam dgn air suam baru lah lembut
Kiranya ini fist time masak benda alah ni....sedap jugak rupenya sotong ni (tekak ucu ler), tapi ucu buat sambal pedas (cili padi) yang simple,  masa makan tu berasap2 ler telinga..

Terus pada resepi sambal sotong ni.


cili giling utk sambal nasik lemak


Resepi Sambal Anak Sotong Kering
Sumber : ucubakery

Bahan-bahan ;

  • 500gm anak sotong kering - direndam 1/2 jam atau lebih kemudian basuh bersih2
  • 2 biji bawang besar *
  • Cili padi * - ikut kepedasan 
  • 1 inci belacan
  • Air asam jawa/jus limau kasturi
  • Garam
  • Sedikit perasa - option

Cara-cara :
  • Kisar semua bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak dan masukkan  belacan (kacau2)
  • Kemudian baru masukkan semua bahan yg telah dikisar (api berlahan)
  • Masukkan air asam jawa/garam/perasa - sentiasa dikacau dan masak sehingga terbit minyak
  • Barulah masukkan anak sotong kering dan sedikit air - masaklah sehingga lembut.




Tapi ini sarapan bukan pagi ni punya....ini sarapan hari minggu bulan lepas2 punya... :( 
pagi ni ucu telan nugget jerkkkkk...


Wassalam...





Isnin, 11 Jun 2012

Sukun Goreng Gebuz





Assamualaikum wbt....

Lama tak bersiaran...rindu betul dengan kawan2 semua..sihat ke..?
sebenarnya dah lama goreng sukun ni cuma nak tayangkan jer tak sempat2..
kiranya ini sukun ulang tayang sbb seblum ni pun dah ada gak entry sukun goreng ni.


Paling best makan sukun goreng ni masa panas2 pastu cicah dengan sambal bilis cili padi...peerrghhh sapa2 lalu kt belakang maupun tepi pasti tak perasankan...itulah penangan sambal bilis ni...
kalau tak tahan pedas boleh lah dicicah dengan gula (mcm pic kt atas tu)...tapikan nak sedap lagi...ambik sukun goreng tu mula2 cicahkan kat sambal pastu cicahkan sekali lagi kt gula..baru mengancam ada rasa pedas ada rasa manis dengan kegebuan sukun ni...


Bahan2 utama ....tentulah sukun yang dah siap dikupas....

seterusnya...


Resepi Sukun Goreng Gebuz
Sumber : ucubakery

Bahan utama ;
Buah sukun - dibuang kulit n dipotong 
1 cwn tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telor
Secubit  garam 
Air - agak2 lah yer kepekatannya
Sedikit kunyit /pewarna kuning
Minyak Sawit

Cara-cara penyediaan ;
Campurkan semua bahan diatas kecuali minyak
Celupkan sukun didalam bahan tepung tadi dan goreng sehingga masak.
Boleh lah dihidang bersama dengan air teh o panas



 yang ni pulak bahan dan cara nak buat sambal bilis goreng cili padi berasap.....yang paling simple

Resepi sambal bilis cili padi berasap...
Sumber  : ucubakery

Bahan-bahan
Ikan bilis - dibasuh bersih dan ditos
3 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar anak udang kering - dikisar
2 inci belacan - dikisar
Segenggam cili padi - kalau nk sikit kurangkan lah
Air limau kasturi/asam gelugor
Garam
Perasa

Cara-cara:
Goreng bilis sehingga masak, kemudian ketepikan
Masih menggunakan kuali yang sama, tapi kurang kan minyak dan tumis semua bahan kisar - api berlahan
Masukkan sedikit air, garam dan perasa - sentiasa dikacau
Masukkan juga air limau kasturi / asam gelugor
Apabila sambal tadi agak2 nak kering dan rasa pun telah mesra barulah masukkan bilis goreng dan matikan api.
Boleh lah dihidang 


Hari Sabtu tadi ucu balik kampung jugak ...kakak ipar n abang ipar ada pelawa nak sukun tak....?  dengan selamba ucu jawab..malas lah kalau ada yg dah berkupas nak lah sambil sengeh2 minta belas kesian kot2 lah depa nak kupaskan.......
tapi bila tengah menaip ni terasa pulak tekak ni nak makan sukun... rasa menyesal lah pulak.....inilah balasan orang belagak tak kena tempat padan muka aku.....

TAPI ada satu barang yang ucu bawak dari kampung yang boleh buat korang semua telan air liur....ni dia punya clue...baunya sangat wangi tapi bukan durian.....tungguuuuuu...

Okey lah ucu stop dulu..hilang rasa rindu bila dapat meng'enty' hari ni...

Wassalam....






Rabu, 1 Februari 2012

Nasi Impit N Kuah Kacang Kerang (KKK...)



Assalamualaikum wbt...........



Terasa-rasa nak jadi orang Kee Ell  pulak hari ni....boleh lepak2 kt rumah...tapi ucu sorang je anak2 dengan Paksu pulak mesti jadi orang selangor (sekolah/kerja) baru best....takda sapa kacau....boleh beradu berjam2....


Okeylah sempena Hari Wilayah ni ucu kendurikan dengan nasi impit n  kuah kacang kerang.....
Sebenarnya ini lah firt time buat kuah kacang, Alhamdullillah menjadi...




Ini resipi yang ucu buat main agak2 je, tak sempat nak timbang....sangat simple, tak payah nak fening2 ...meh tengok kt bawah ni ...

Resipi Kuah Kacang Kerang
Sumber : ucubakery

Bahan-bahan :
500gm kacang tanah - digoreng dengan minyak
10batang serai - 5 btg dikisar, 5 btg diketuk 
2inci halia - dikisar
2 inci lengkuas - dikisar
Air asam jawa
Isi kerang - direbus dahulu
1/2 inci belacan @ 1 peket udang kering
4 senduk cili giling - kalau nk pedas boleh tambah 
Gula melaka/gula merah/gula pasir - kena banyak 
Garam
Perasa (option)
Sedikit air


Cara-cara ;
Kisar dahulu kacang tanah - ketepikan
Panaskan minyak dan masukkan dahulu serai yang diketuk
Kemudian tumis bahan2 yang dikisar, masukkan cili dan gula - sentiasa dikacau
Masukkan air asam dengan belacan
Apabila sudah naik bau baru masukkan kacang tanah dengan sedikit air -masukkan sedikit2
Akhir sekali masukkan kerang rebus 
Apabila rasa dah sekata, masak sehingga mendidih dan likat
Matikan api dan bolehlah dihidang  



Jemput makan  ...gambar agak gelap sebab ucu ambik gambar ni pepagi sebelum pegi kerja....tak kisahlah kan gelap ke ape..yang penting perut lilit ni dah kenyang....hihihi...


Selamat beristirehat bagi yang cuti dan selamat berkerja bagi yang makan gaji....

Wassalam..





Sabtu, 7 Mei 2011

Sarapan - Ubi Rebus & Sambal Bilis Jawa

Assalamualaikum semua.... dipagi yang cerah ni  ucu rasa rajin sikit la...buat sarapan utk famili rebus ubi kayu n sambal bilis jawa.. walaupun yg masak ni bukan jawa...Perihal sambal semua org tahukan..pastinye pedas...tapi sambal ni x berapa pedas sangat kalau kena pada cara2 masakan n bahan yg betul...kat sini ucu titipkan sedikit resipi yg x seberapa untuk dikongsi bersama...


RESEPI SAMBAL BILIS JAWA
Bahan2 ;
1. Ubi kayu - direbus
2. Bilis - utk digoreng
3. Bawang besar 3 biji *
4. Bawang putih 3 ulas * (tapi ucu x letak bawang putih sbb nanti aromanye kureng sedap..rasenya la)
5. Cili padi *- mengikut kepedasan yg dikehendaki
6. Belacan  *- mengikut citarasa individu
7. Asam Jawa / limau kasturi
8. Garam secukup rasa
9. Perasa (jika ada)
10. Minyak utk menumis



Cara2;
1. Semua bahan yg ditanda * hendaklah diblenda/kisar
2. Goreng bilis sehingga garing - ketepikan
3. Panaskan kuali diatas dapur kemudian masukkan semua bahan yg bertanda * dan tumis sehingga naik bau    pastikan sambal tadi betul2 masak, kemudian baru masukkan garam dan asam jawa/limau kasturi (boleh tambah sedikit air jika sambal tadi terlalu kering)
4. Gaul sehingga sebati dan pastikan sambal tadi kering barulah dimasukkan bilis yg telah digoreng tadi.   (tujuan bilis ini bahan terakhir dimasukkan kerana mengelakkan  daripada liat apabila hendak dimakan)
5. Selamat menjamu....
Resipi ni sebenarnya adalah permintaan pertama Pak Su (my husband) masa mula2 kahwin dulu (kahwin dgn org jawa la katakan...)  sesuai sangatlah dihidangkan dengan air kopi o panassss....selamat sarapan..wassalam.

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...