Assalamualaikum wbt....
Dah sarapan ke belum...ucu skarang ni sambil tekan keyboard (utk siapkn entry ni) sampai menyuap makaroni goreng. Kiranye subuh tadi ucu ada semangat kerajinan yg melampau buat sarapan,maklum ler..selalunya terus masak utk mkn tengahari anak2.....itu yg dok habaq kerajinan melampau tu..hahahaha...
Semalam sebab terlampau excited (link) ditambah dgn bangga mengkopipes resepi dari Sweet Tulip a.k.a ST sampai terlupa lah pulak nk tempek sos puding....
jadi hari ni ucu tepekkan resepinye..(masih lagi dgn projek kopipes ye)
Bahan-bahan
untuk sos kastard :
Susu
cair 1 tin, 3 sudu makan gula pasir, kuning telur 2 biji, serbuk kayu manis
& garam
Cara
menyediakan :
1.
Gaulkan susu cair bersama gula pasir & kuning telur. Panaskan di atas dapur
masak. Masukkan secubit serbuk kayu manis dan garam untuk perasa.
2.
Kacau sehingga adunan pekat berkrim. Jangan tinggalkan adunan semasa memasak
agar sos tidak berketul-ketul.
3.
Setelah sos kastard masak, boleh dimakan bersama dengan puding roti durian yang
disejukkan.
* Ada
sesetengah orang yang menggunakan tepung kastard untuk mebuat sos tapi ST tak
gunakan. Ada juga yang menggunakan
perwarna kuning telur dan esen vanilla dicampur dalam sos kastrad.
**************************************************************
macam biasalah yer kengkawan....
iklan tetap ada...
kek karemal (2 biji) untuk hari keluarga Pn Liya....
Okey lah ye kengkawan..ucu stop dulu...sebab sekarang ni ucu tengah "study hard" kt majalah Laman (Impiana) edisi tahun 2008 (lama tu...)
kekonon nak bagi cantik sikitlah dari sebelum ni...
skarang ni tengah projek tanam pokok yg berdaun jer....senang. Bukan tak suka yg berbunga, suka...cuma takut nanti ralit dgn bunga2, kek2 kt ovan hangus lah pulak....
ada masa nanti ucu tayang projek pokok2 yg ucu tanam n hidup dengan subur sepertimana tuan tanah gedaungnye.... :-)
yg paling best kebanyakan pokok tu feriiii.....
Wassalam...