Assalamualaikum wbt...
Salam Rabu...
Hari ni ucu belanja...jom makan mee kasar....ucu masak lebih ni..mai la bawak piring, pinggan, tupperware tak kisah asal boleh ditapau. Ceduklah sebanyak mana yang kawan2 nak..TAPI sila gunakan kepakaran kengkawan untuk mengimiginasikan cara2 mentapau mee kasar ku ini...
Ucu memain je..gurau hari Rabu, takkan itupun nak menyampah kot...
Oklah (serius ni), kali ini ucu hidangkan mee kasar yang tersangat simple sebab dalam peti aisbox kat rumah ni satu umat udang/ayam/daging elek..yang ada cuma fried chicken brand tesco. Tak kisah lah kan janji masak n budak2 tak merengek..
Mee kasar ni kawan@jiran lama -K.Zah yang memperkenalkan....terus jatuh hati, sebab mee ni tak berminyak. Rebus mee ni pun jangan lama2 takut nanti terlembik pulak, jadi dah tak berapa sedap, agak2 nak lembut tu matikan api, kemudian ditoskan.
Bahan dengan cara nak masak lebih kurang sama macam nak masak mee goreng...
Resipi Mee Kasar di goreng lembut
Olahan : ucubakery
Bahan-bahan ;
Bawang merah -dikisar
Bawang Putih - dikisar
4 sb - cili giling
2 sb - sos tiram
3 sb -kicap pekat
2 sb -kicap manis
Garam
sayur sawi
Daging/ayam/udang - *ucu x bubuh
Cara masak
tumis semua bahan kisar bersama dengan cili/sos tiram/kicap manis/kicap pekat
Dah naik minyak masukkan sawi
Kemudian baru masukan mee kasar tadi
Dah siap, senangkan.
Mee ni ucu hidangkan dengan fried chicken...laju je habis, seronok tengok diorang makan...
Sebelum tutup tudung periuk...Jemputlah jamu mata.....
Wassalam...
14 ulasan:
tak pernah masak mee kasar ni.. mee kasar ni macam maggie goreng yg xde perisa tu jgk ker??... nsb ucu tunjukkan gambar.. baru tau...
ucu..acik pun tak pernah tau mee kasar ni..mee kering je ke..yang basah ada tak..
Masya...
betul tu masya..mee tu mmg kosong je x de perencah...masak mcm kita nak masak mee je...cubalah sedap tau..
Acik erna..
mee ni mmg kering.. ucu pun tak pernah lagi jumpa yg basah..
seangkatan dgn mee ni, maggie yg xde berperencah...
Ke hadapan ucu yang disayangi,
adapun mee begini merupakan kegemaran suami kak Amie, nanti kalau kami datang rumah ucu...tolonglah masakkan mee begini buat suami kakak, untuk kakak pula gorengkan ayam banyak-banyak sebab kak amie kuat ratah ayam goreng. Sekian.
Yang benar.
Kak Amie.
sedapnye ucu..
Terliur tgk..
Owh..ada rupanye mee kasar..blhlah cari nnt nih..
akak bawa piring besar dan senduk...nak ambik mee ucu :)
sedapppp
sedapnya ucu..tak kira lah kasar ke lembut..yg penting mieza laparrrrrr dan nak makan mee ucu nihhhhh
utk tatapan k.amie yg jauh dimata...
sayugia dari permintaan itu, dapatlah ditunaikan tetapi meminta sedikit ruang untuk mencari mee serta mengejar ayam untuk digoreng..memandangkan K.Amie kuat meratap ayam..takut nanti tidak mencukupi pulak...kuang..kuang..kuang...
yang menurut perintah,
ucufaridah..
lily..
asyik terliur aje..jomlah masak..nanti ucu datang bawa container..
k.kasih...
tengok dari jauh macam dah keyang jer...sedap ke kak...terima kasih, jemputlah tapau pulak...jgn segan2.
mieza...
cuci tangan dulu, ucu x sediakn sudu tau...bismillahirahmaniarahim...
lepas mkn basuh pinggan sendiri ye..
nampak sedap la mee nie..sy x pernah cuba makan lagi mee nie..so leh ambil resepi akak yer..nak try la masak..:)
sekali tengok macam kuey teow yang saiz kecik tu.rupanya mee kasar...
tapi seriyesssss ucu..memang nampak lazat..kalo la hubby sy nampak ni...mesti dia suh saya masak dengan segera.....kihkihkih
Catat Ulasan