Pages

Jumaat, 21 Oktober 2011

Aiskrim Goreng



Assalamualaikum wbt...
Salam ceria dipagi Jumaat....

Hari, ni hari terakhir menu dari roti untuk bulan ni la...aiskrim goreng. Mula-mula dengar aiskrim goreng ni 2@3 tahun yang sudah, rasa macam pelik sesangat..jenuh membayangkan macamana rupe paras aiskrim yang dah digoreng ni. Anak2 bila balik sekolah selalu merengek nak beli (masa tu ada org jual dekat kawasan sekolah), tapi dia punya harga punya lah mahal RM 3.00. Bayangkanlah kalau 3 orang dalam satu masa dah RM 9.00 ...belum lagi duit belanja sekolah..hiss..hiss..kopak tayar bas kalau hari2 minta benda ni. Itu kisah dolu2, masa jahil lagi nak cari resipi kat internet. 

Dan sekarang lihatlah hasil kerajinan menjenguk dapur kt tenet...inilah percubaan pertama ucu. Resipi ni ucu ambik dari myresipi..tapi dah x ingat siapa empunya resipi ni (minta maaf banyak2), sebab masa buat ni main ingat kat kepala jer tak buat copy paste pun..


Buat aiskrim goreng ni kena banyak bersabar dan cepat, sebab aiskrim akan mudah cair kalau kita buat dengan lemah gemalai...jadi kena lah tukar rentak lemah lembik tu kepada gelek Inul Darsitha (betul ke ejaan ni..) . Rasanya...emmmm amat2 sedap...panas diluar tapi sejuk didalam...

Aiskrim Goreng

  1. Bahan-bahan
  2. Roti - tak kira brand apa
  3. Ais krim 
  4. 1 sudu tepung jagung
  5. Sedikit air - utk bancuhan tepung jagung
  6. Penggelek 


yang belum digoreng
Cara-cara :
  1. Gelek roti tadi sehingga nipis
  2. Kemudian bubuh airkrim ditengah2 roti dan tutup semula dengan roti yang lain
  3. Sapukan air jagung dihujung roti - tujuan supaya melekat
  4. Dan akhir sekali tekan dengan garpu  dihujung roti tadi
  5. Simpan dalam peti ais (beku) selama 1 malam 
  6. Goreng dengan minyak yg banyak tapi pastikan api jgn terlalu besar



Aiskrim goreng ni ucu buat khas untuk Cikgu Nuwairani  cayang  di Kinabatangan, Sabah, semoga dipagi nan ceria ini cikgu pun seceria  matahari yg memancar jangan mendung-mendung lagi yek. 

Kengkawan yang lain pun jemputlah cuba....
Sodap hingga menjilat jari...

Oklah ucu nak tutup pintu dulu..sapa cepat dia dapat..sapa lambat pun dapattttt....

Wassalam



17 ulasan:

Lam A'Aini berkata...

tahnks ucu .. . nak cuba. . . yahhuuuuuuuuuu . . .. . .nyam2 . . sOdap tu :D

Nuwairani berkata...

alamak! terharunya! nak try buat jugak...tapi freezer kite kurang sejuk la...

liemaopurut a.k.a ana berkata...

bestnya ucu.. mudah je nak buat eskrim goreng ni.bole masuk dalam list untk try ni.

Niza berkata...

wah bestnye mkn aiskrim goreng ni. Yg beli tu mahalkan beli 3 dah dpt satu box aiskrim.

Amie berkata...

laaa...... masih okey ke aiskrim goreng tu... ni tertinggal ketapi ni.. mesti dah cair dah...

Liza berkata...

Ucu...sedapnya aiskrim grg ni...

matahati-aishahazhar berkata...

minta satu ucu..

miloaiskurangmanis berkata...

iols dah penah ambik resepi ni kat blog - blog mana iols dah lupa
tapi tak penah buat lagi...

sebab my son sokmo aje batuk2...
so tak de lah rasa nak buat sangat2...

Ida,Japan berkata...

pernah mkn lum pernah buat, bila2 nk try la ucu..entah bila la gaknyer

Pali berkata...

sodap sodap, tapi sejak dua menjak ni hujan je manjang.... lepas ni takde resepi roti lagi dah ke kak?

kasihredha berkata...

wauuu...ucu terernya...
akak biasa makan kat restoran...tp tak pernah buat.
Tengok ucu buat senang je, nanti nak try juge lah

MamaKaisah berkata...

salam ucu...simple rupenye dan senang..

mama nak buat jugakla...mesti anak2 mama pun suka...

like ur page very much...

LiNa_Pg berkata...

sedap ais krim goreng tuh

Nurul berkata...

Nak satu aiskrim goreng tu, ucu... nampak sedappp :)

Wani SK berkata...

salam ucu...

sedapnya aiskrim meleleh2 tu .... hujan2 makan aiskrim hihi panas di dalam sejuk diluar ...

Mr J berkata...

thanks for sharing...nice...i like..

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ berkata...

hahahaa~~ hot di luar Cool di dlm ~~ :P

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...