Pages

Selasa, 29 November 2011

Happy Birtdaya Ayie - Angre bird...



 Assalamualaikum wbt...
Salam bertugas semula......

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Happy Birtday untuk adik Ayie yang baru je dapat naik tahun ke 13th.. walaupun dah dekat hujung2 tahun...pada 25/11/2011 tadi.
Bertuah adik ayie dapat bonda yang memahami perasaan anak...menurut kata Pn Ana (bonda ayie), tak nak si abang jealous dgn adik2 yang sebelum ni dapat kek birthday yg cantik2, jadi minta kek tu dideko mengikut kreatif ucu ...Jenuh juga ucu nak create mcm mana yang dihajatkan, akhirnya inilah hasilnya.... Angry bird...



tayang dada la pulak burung ni...
Ini pulak sebahagian gambar yang  ucu copy n paste (fb) untuk melihat empunya diri...(mohon izin ye..Pn Ana)



Siap bagi jelingan mengoda lagi (ayie), sanggup mengalah bagi adik2 potong dulu..


Semoga adik Ayie sentiasa menjadi anak yang soleh dan sentiasa  membahagiakan mak dan ayah.


Terima kasih Pn Ana sebab sudi jenguk blog ucu yang masih lagi banyak kekuranganya...

Ok, wassalam.......




Isnin, 28 November 2011

Ayam Cili Padi Menyengat



Assalamualaikum wbt....
Salam cuti ganti.......

Pagi-pagi ni suri-suri dapur dah buat sarapan ke belum....? kalau tengah buat, buat banyak2 ye nanti boleh lah tukar2 pinggan dengan jiran sebelah... 
Hari ni ucu nak tayang menu ayam masak cili padi menyengat...kalau makan mau tak hinggat donia.. . 
Sebenarnya idea masak ni ucu dapat dari hasil selalu lunch kt restoran sebelah opis  dan masakan ni  dah jadi sebahagian dari kegemaran rakyat jelata kat rumah ni..

Meh ucu tunjukan bahan-bahan n cara masakannya...


Resipi  Ayam Cili Padi Menyengat
Sumber : ucubakery.blogspot.com


Bahan-bahan
 
  1. 1/2 ekor ayam - digoreng 
  2. 3 batang serai *
  3. 2 inci halia *
  4. 2 inci kunyit  hidup *
  5. 3 biji bawang merah *
  6. 4 ulas bawang putih *
  7. 2 biji bawang besar *
  8. Segengam cili padi * - boleh dikurang kan jika tak tahan pedas
  9. Garam
  10. Sedikit  perasa
  11. Air Asam jawa
  12. Minyak untuk menumis

Cara-cara ;

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * sehingga naik bau - api kena perlahan 
  2. Masukkan air asam jawa, garam dan perasa 
  3. Kemudian baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi 
  4. Bubuh sedikit air jika terlalu pekat 
  5. Masaklah sehingga semua bahan didalam kuali tadi mesra
  6. Matikan api dan bolehlah dihidang




Makan dengan nasi panas-panas pastu ada ulam dan cukup menyelerakan....

Okeylah ucu stop dulu..nak buat sarapan pagi utk rakyat kt rumah ni...

Wassalam.......






Harvest Limau Kasturi & Rama2 Menawan


Assalamualaikum....
Salam MAAL hIJRAH 1433

inilah hasil berbudi pada tanah.....












Cantik tak hasil instant snap ucu ni.....di bantu oleh sang rama2 dengan kamera antik.....








Sabtu, 26 November 2011

Sardine Puff


Assalamualaikum wbt......
Salam Penghulu Hari...Dan Salam 29 Zulhijjah 1432..hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 1432 dan akan sama2 menyambut  Awal Muharam (1433H) yang jatuh pada hari Ahad (27hb). Terlaksanakah azam kita tahun ini...atau hanya tinggal azam...atau pun akan menambahkan  azam untuk azam tahun depan ..........
Untuk ucu sendiri pun punya azam tiap2 tahun...salah satu azam yang berjaya...ialah  ucu dah sembuh sepenuhnya dari penyakit Hyperthyroidism Hormone..kiranya ini azam tak mau makan ubat main2 lah, sebab ucu ni jenis yang paling malas nak makan ubat, selama 3 thn lebih ucu kena makan ubat yg kadang2 tak menentu jumlahnya. Pernah dalam satu2 masa ucu kena telan 12 biji pil selama 3 bulan dlm 1 hari, nasib baik pil tu kecik je, kalau besar mcm panadol mau pengsan. Jadi kenalah tanamkan azam betul2...jgn makan ubat waktu sakit sahaja. Punca penyakit ni disebabkan ucu terlalu aktif dan tekanan darah yang teramat rendah. Antara  tanda2, berat badan turun mendadak ( bayangkan dari berat 65kg berat badan jadi 47kg), tangan menggeletar sepanjang masa (mcm org parkinson), sembut@lelah, denyutan jantung lalu, selalu pitam dan mudah sangat marah@sensitif...
Alhamdulillah, syukur sangat2 ke hadrat Illahi, sepanjang ucu diduga dgn penyakit ni, Pak Su dgn anak2 terlalu sabar melayan karenah ucu. 

Okeylah..itu antara sedikit azam ucu yang dah terlaksana...azam yg menunggu masih panjang berjela lagi....kalau nak dihuraikan..mau ada yg malas nk baca entry ucu hari ni....

Kita tutup cerita tadi, hari ni ucu hidangkan breakfast yang senang banget cara pembuatannya....sardine puff ...


Resipi Sardin Puff 

Bahan-bahan
  1. 1 tin sardin 
  2. 1 bungkus puff pastry (lihat gambar disebelah- cari kt tesco/giant/dll)
  3. 2 biji kuning telor
  4. 2 biji bawang merah - dihiris
  5. 1 biji bawang besar - dihiris
  6. 3 ulas bawang putih - dihiris
  7. Cili giling @ cili padi - ikut citarasa
  8. 1 biji limau kasturi
  9. Garam
  10. Minyak utk menumis


  1. Cara-cara masak sardin :
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang dihiris
  3. Kemudian masukkan sardin dan masukkan garam, cili 
  4. Akhir sekali masukkan air limau kasturi

Cara-cara menggunakan puff pastry yg dah tersedia ada..
  1. Pastikan puff pastry berada dalam suhu bilik
  2. Kemudian ambil penggelek dan gelek sedikit -tujuan utk menipiskan puff
  3. Dan masukkan sardin dan tutup/kelim dgn garpu - buatlah ikut kreativiti masing2
  4. Kemudian sapu kuning telor diatas puff tadi.
  5. Dan bakar sehingga 20-25 minit.



Sebenarnya kalau rajin kawan2 boleh buat sendiri puff ni...buatnya tidaklah rumit mana, itu  kata orang yang selalu buat...Ucu pulak  jenis orang yang memang suka guna yg  instant2  dengan alasan..susah lah nak buat ..beli aje lah yg dah ada kt tesco.., mentang2 tesco ni sebelah bangunan jer jadi panjang lah langkah... hihi...




Jemput makan yer kawan2.... Akhir kalam....
Selamat Menyambut Awal Muharam....



Khamis, 24 November 2011

Spaghetti Carbonara



Assalamualaikum wbt...
Salam 28 Zulhijjah .....

Pagi ni ucu dapat panggilan yang susah nak ditaksirkan...macam tak caya pun ada...moga2 jadi kenyataan..dan yang selalu ucu pesan kat diri ni...kalau ada rezeki tu Allah berikan untuk hamba yang daif lagi naif ni..Insyaallah ada...kalau dah jadi kenyataan nanti akan ucu ceritakan kat entry yg akan datang...

Kali ni ucu nak hidangkan masakan spaghetti carbonara, masakan omputih lah kiranya...orang hitam ke, orang biru ke, orang hijau ke...janji semua boleh masak dan makan....tapi ini versi instant way@ versi orang malas2 manja gitu....




Spaghetti carbonara ni sesuai digandingkan dengan seafood ..contohnya mcam udang godang2 melingkor atau pun sotong besor putih melepak. Tapi kali ni ucu bubuh mana yang ada kat peti ais je...daging kisar.(bunyi macam sedih la pulak..)

Oleh kerana ini masakan simple dan mudah ...kat bawah ni lah bahan2 yang ucu gunakan...

Resipi Spaghetti Carbonara 
Olahan : ucubakery.blogspot.com
Bahan-bahan

  1. Spaghetti di rebus kemudian ditos
  2. 1 botol sos spaghetti (tak kisah brand apa)
  3. 250gm daging/ayam kisar
  4. Bawang putih (dicincang halus)
  5. Bawang besar (dipotong besar)
  6. 1 kiub pati ayam 
  7. 1/2 cawan susu segar/susu cair
  8. Mushroom butang (dihiris)
  9. Garam
  10. Lada sulah
  11. Air -( andaikata kuahnya terlalu pekat blh lah ditambah sedikit air)
  12. Minyak (utk menumis)

Cara masak ;

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau dan kemudian masukkan daging kisar tadi - lebih kurang 3@4 minit
  2. Kemudian masukkan sos carbonara + kiub ayam bersama dengan daging tadi
  3. Masukkan mushroom dan gaul sehingga sebati
  4. Apabila sos tadi nampak dah pekat sikit baru masukkan susu cair @segar sehingga berkrim
  5. Boleh tambah sedikit air jika terlalu pekat
  6. Bubuh garam dan lada sulah
  7. Boleh lah dihidang.





Selamat mencuba ...mana kawan2 yang malas2 manja macam ucu ni rugi kalau x cuba...Insyaallah sodappp....hingga menjilat sudu garpu....

Wassalam......






Rabu, 23 November 2011

Cup Cake again...


Assalamualaikum wbt...
Ucu harap kawan2 semua didalam kesejahteraan...

Pagi tadi sebelum pegi kerja, ucu dapat pesanan keramat dari Akid.."HATI-HATI BU..." 3,4 kali dia ulang ayat tu...pastu dia cakap lagi..." I LOVE U IBU..." alahai..seronoknya. Almaklumlah itu ayat yg selalu ucu pesan kat dia sebelum nak masuk kelas, kadang2 bila datang mengada2 siap minta dokong, anak bongsu..manja banyak....

Dalam perjalanan tadi tertanya2 jugak kenapa dia cakap mcm tu...bila diingat2... rupanya dia ada kat rumah dan ibunya pergi bekerja....
Tapi satu pesanan yang paling ucu malas nak dengar.." ibu pegi kerja cari duit...bila dah dapat gaji adik nak beli mainan bla..bla..bla..." dan lagi satu ayat dia "  gaji ibu keluar berapa haribulan ....? alahai anak zaman skrang ni suka sangat mengira hb lah pulak...

Okey lah tercerita pasal akid lah pulak...
Ini dia cc yang diorder C.Nor Mala untuk jamuan anaknya sebelum cuti sekolah hari tu...
C.Mala minta yg simple2 ajer n jgn banyak cream dan ini lah hasilnya...35pcs cc - coklat moist.







TQ C.Mala...semoga anak cikgu seronok dpt cc ni....dan semoga keluarga c.mala sihat2 selalu...

Wassalam.......




Selasa, 22 November 2011

Daging Rebus Cicah Asam



ASSALAMUALAIKUM WBT.....
Salam sayang semua.......

Dah tengahari ni....baru sempat nak mengentrykan lauk..semalam dah jenuh kita makan kek hari ni lauk no kolestrol.. Selalunya kalau daging mesti kena masak yang best2..macam masak rendang, masak kurma, masak kicap, masak dendeng dan sewaktu lah dengannya...
Disebabkan dah selalu sangat masak n makan yang berminyak ..apa kata kali ni kita makan yang kering2 jer..Daging rebus cicah air asam...(tengah menaip ni pun dah ngences..)
First time ucu makan lauk macam ni masa pegi kenduri kahwin rumah sedara kat Perak, masa tu budak2 lagi, dalam tingkatan 1@ 2 agaknya...(lamakan..) dan sekarang ucu selalu buat menu ni.


Sapa2 yang berkenan dengan resipi ni cuba2 lah masak...

Resepi Daging Rebus Cicah Asam

Bahan :-
1 kg daging - dihiris jangan terlalu nipis /sedang2 saja kemudian dibasuh bersih2
4biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
2@3 inci halia  *
1 inci lengkuas *
1 sup bunjut *
1btg kayu manis/bunga lawang *
Garam
Perasa




Cara-cara :
Masak air sehingga mendidih kemudian masukkan semua bahan2 diatas dan masaklah sehingga daging empuk
Bila dah masak ..boleh diambil dagingnya sahaja..dan boleh lah dimakan...


Air asam buat ikut citarasa sendiri ye....

Bila dan siap makan nasik hari tu ..rehat kejap, perut ni  minta diisi lagi ..kali ni ucu makan  nenas muda cicah budu ...(ada ke orang makan mcm ni...) nenas cicah budu ni anak buah ucu yang ajar..Rozana. Mula2 makan tu terus jatuh chinta...Ngences lagi....




Ini budu @ pes bilis yang dah siap ada cili kat dalamnya pemberian kawan Pak Su...

Okeylah ucu nak lunch dulu...byby..wassalam.....





Kek Pengantin




Assalamualaikum wbt...
Salam Isnin yang berbahagia....

Terlebih dulu ucu minta maaf banyak2 sebab tak dapat nk reply comment2 kawan2 yang rajin menjenguk blog ucu..Insyaallah kalau ada kelapangan masa akan ucu balas jua komen2 tu dan ucu akan datang siap bawak pinggan@mangkuk lagi ...jadi masak banyak2 ye kawan2...hihihi...

Tak ada berita n cerita untuk hari ni ..jadi untuk menyerikan entry,  ucu tayangkan setaman mawar biru n putih  (setaman ke...?) yang diorder  oleh  Ejies Pro Catering (En. Tarmizi Udin dari Sabak Bernam). Untuk majlis perkahwinan di Kampung Subang.





Selamat Pengantin Baru dan selamat melayari bahtera rumahtangga pada mempelai dan semoga business caterer En Tarmizi bertambah maju...Amin.

Wassalam.......

pssstt...hari ni ucu byk kerja kena settlekn...ada penadol lebih tak..? tlg hantar 2@ 3 papan ...dah nak pengsan niii...




Ahad, 20 November 2011

Jom Makan 1 - Mee Udang Banjir Meru


Assalamualaikum..
Salam hujung minggu

Jom Makan : MEE UDANG BANJIR 
Restoran  : De Baraqah
Lokasi : Batu 5 Meru

Menu istemewa :
 Mee Udang Banjir & Float Limau Nipis











Sabtu, 19 November 2011

Chocolate Mousse Banana Cake



Asasalamualaikum wbt.........

Ini dia  " CHOCOLATE MOUSSE  BANANA CAKE" itu bahasa orang puteh...kalau tekak orang melayu mcm ucu kek ni dipanggil "KEK PISANG COKLAT  MOUSSE"  ala-ala cake kat secret recipe la kononnya...tapi seriously memang rasa mcm kat secret recipe  (kali ni ucu memang nak puji diri, sebab berjaya melaksanakan impian  Pak Su..)






Pagi2 ni ucu tak boleh berceloteh banyak2, sebab kena buat  delivery cepat2 untuk orang jauh...Ucu kena hantar kek ni ke Lahad  Datu, sebab dah janji dengan K.Amie semalam, takut2 dia dah tunggu kat depan pagar subuh2 lagi.

 Okey by..by...




Jumaat, 18 November 2011

Cup Cake Birthday


Assalamualaikum wbt.....

Salam penghulu hari.....Jumaat yg mulia
Salam hari terakhir sekolah....utk guru2 n murid2 jer ...
Salam gembira untuk anak2 @ adik yang berjaya UPSR... tahniah
Salam semangat bekerja utk hari terakhir minggu berkerja...org makan gaji mcm ucu ni ler...
Salam senyum bahagia dapat $$$$ 100.00, ..baget utk ank2 jer..
Salam perut dah berkeroncong minta diisi...x sempat b'fast....laporrrr....

Okey la ..dah penat bersalam-salaman....kita jamu mata pulak. Kali ni cc (oren) yang diorder dari jiran setaman..Fairuz untuk hubby tersayang katanya....(maaf lah fairuz ucu x ingat lah pulak tarikhnya..padahal baru minggu lepas)
Sepertimana yang dihajat2 kan siap bagi email lagi nak design mcm mana ...dan bertemakan purple + green+ white maka tertunailah sudah...tapi rasanya mcm ada  yang ucu termelawan kata ... 



Harap2 Fairuz n Faizal berpuashati .....dan ucu sekeluarga mendoakan Faizal dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan  dipermudahkan segala urusan dunia n akhirat...


Okeylah ... selamat jalan...waa chaw dulu geng....(eh..eh..sopan sikit ayat tu ucu..) tumpang lalu ye.. ucu nak menggundurkan diri ni...tak dapat ikut pintu gerbang, lalu ikut pintu belakang pun tak pe.......(suara manja ni...eeyeik..geli aku!)

Wassalam.....

psssttt- berpinar mata tengok ayat berkalor2 kt atas tu...




Khamis, 17 November 2011

Taucu Ikan Kembung


Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi........

Hari ni hari bersejarah bagi adik2@ anak2 yang mengambil result UPSR...mesti berdebar -debar jantung mak ayah...Sebenarnya mak ayah lah orang yg paling gelisah n tak tenteram jiwa raga mengalahkan anak... 
Tidak kira mendapat keputusan yang terbaik atau sebaliknya ... terimalah dengan berlapang dada dan panjatkan kesyukurun ke hadrat Illahi....Eyelah kekadang lain yang dihajati lain pulak yang kita dapat....

Okeylah..ni pulak lauk untuk tengahari ..Ikan kembung taucu...Ucu sebenarnya tersangat jarang nya masak taucu..smpai kekadang dah expired date taucu kat dalam peti ais baru perasan ada benda alah ni....


Walaupun jarang masak...tapi selalu makan bila lunch time..saje malas nak menggodek botol taucu jer sebenarnya tu..

Ni ucu turunkan resipi nya ;

Resepi Ikan kembung taucu

Bahan-bahan
Ikan kembung - dibasuh n digoreng (ketepikan)
2 biji bawang besar - dihiris *
3 biji bawang merah - dihiris *
3 ulas bawang putih - dihiris *
2 inci halia - dihiris *
2 batang serai *
2 sudu besar tauhu  - dibasuh
Cili padi @ cili besar (hijau) - dihiris
Asam keping
Sedikit belacan
Garam - tak letak pun x pe

Cara-cara :

  1. tumis semua bahan bertanda * sehingga naik bau
  2. Masukkan tauchu dan sedikit air 
  3. Kemudian masukkan cili yg telah dihiris
  4. Akhir sekali masukkan ikan yg telah digoreng tadi...
  5. Dah siap..

saje nak kasi kengkawan kecor ayaq lior...hihihihi...



Selamat makan tengahari bersama anak2 tersayang....tapi ucu makan dgn geng2 kat office jer...huhuhu...

Selasa, 15 November 2011

Setaman RVC ....





Assalamualaikum wbt....
Salam Selasa...

Dah lama tak tanya kabor..sihat ke .. (mcam pelik je bunyi) tetiba tanya kabar. Bukan apa, kalau semalam..kelmarin ..dulu semalam jarang sesangat ucu tanya kabor kekangkawan...terus je bercerita itu ini..melampau betulkan...

Setaman RVC ni  ucu buat untuk anak buah..ROZANA. Dia selalu  kata " ucu ni selalu buat rvc..ape benda rvc tu...cer buatkan satu, nak jugak rasa " Dan ini lah hasilnya...(buat masa raya korban)
dalam satu hari sahaja rvc ni dah licin dikorbankan ....









Hari ni otak tepu lah ...tak tahu nak tulis ape...jadi ucu stop dulu yer...nak kumpul idea utk esok pulak..hihihi..

Selamat menjamu mata...wa jalan dulu ....




Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...