Pages

Isnin, 31 Oktober 2011

Bening Cendawan



Assalamualaikum wbt..
Salam Isnin....

Tiada cerita n berita nak dikongsi hari ni ...cuma ada lauk untuk orang yang rajin suam-suam kuku macam ucu ni..masak bening (bahasa jawa) atau masak air dengan cendawan.
Masakan yang simple ni kalau sesekali dimasak mau tak ingat dunia masa makan..


Resipi Bening Cendawan (masak air)

Bahan-bahan
  1. Cendawan  - tak kisah jenis ape pun 
  2. Kacang panjang
  3. Suun - direndam
  4. Bawang putih/bawang merah
  5. Garam
Cara masak 
  1. Basuh cendawan + kacang panjang
  2. Masak air sehingga mendidik kemudian baru masukkan bawang putih/merah
  3. Kemudian masukkan cendawan + kacang panjang +garam+ suun
  4. Dah masak....




Ucu gandingkan pulak lauknya..ikan gelama goreng  kunyit dengan sambal belacan.



Inilah hidangan orang yang malas + ada sikit rajin =  sangat mengenyangkan perut ni (2 kali tambah beb..) huhuhu...

Wassalam...



Sabtu, 29 Oktober 2011

Ila_cheqSue : 1st Anniversary Giveaway

Tahniah..
Happy Birtdhay
1st Anniversary
untuk


Blogger Masak Jom join 
KLIK BANNER DIATAS UNTUK JOIN DAN PERATURANYA

Hadiaah menarik disediakan.

"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ..........
..........Resepi Mee Kasar Digoreng Lembut     " 





Wassalam

Jumaat, 28 Oktober 2011

Kuey Teow Kicap 3 Serangkai...



Assalamualaikum wbt..
Salam ceria dipagi Jumaat...

Dari malam tadi ucu seronok sangat.. menyengeh memanjang, kalau boleh nak melompat2, nasib baik over weight (seb baik sedar diri lagi). Nak cerita kat sini gambarnya belum siap diedit, Insyaallah, coming soon akan ucu ceritakan sebab ape hati ni senantiasa berbunga  mekar sampai ke pagi.....tungguuuuu....

Okey kali ni ucu masak makanan  kegemaran along, Kuey Teow Kicap 3 serangkai. Yang dimaksudkan 3 serangkai tu cumalah 3 jenis kicap jah.....kicap manis+ kicap masin+ kicap pekat, maka jadilah kicap 3 serangkai....saja nak buat eksen kat tajuk  jer.

Kalau sebelum ni ucu masak siap ada udang saiz XL tapi kali ni bayang udang pun takde...cuma ada kerang. Kita layan dulu gambar yang meruntun jiwa ni  ye.... 


Resipi Kuey Teow Kicap 3 Serangkai

Bahan-bahan :

  1. 1 bungkus kuey teow 
  2. Kerang 
  3. Daging/ayam
  4. Bawang merah * - dikisar
  5. Bawang putih * - dikisar
  6. 1/2 cwn Air rebusan udang - option
  7. 2 sb Kicap masin 
  8. 1 sb Kicap manis
  9. 2 sbKicap pekat 
  10. 3 sb cili giling
  11. 2 sb sos cili
  12. Kiub ayam * - dikisar
  13. Sedikit garam
Sayur2
augel n daun bawang/kucai
  Cara masak :
  1. Tumis bahan yg bertanda * sehingga kekuningan
  2. Kemudian masukkan daging, tunggu sehingga masak
  3. Baru masukkan cili giling/sos cili/3 jenis kicap di atas
  4. Masukkan air rebusan udang
  5. Apabila bahan2 paste ni dah betul2 masak baru masukkan kuey teow + sayur
  6. Dah siap...
** gandingan yang mantop kalau ada jeruk cili hijau...masam-masam gitu...



Inilah hidangan kuey teow kicap tiga serangkai....ngancam tak...? tengok gambar memang lah mengancam..tapi rasa belum tentu lagi...huhuhu........

Ok, wassalam....





Khamis, 27 Oktober 2011

Golden Chiffon



Assalamualaikum wbt...
Salam Khamis....

Selamat bertugas kembali.....semalam tak sempat nak nonton tv (ingatkan bolehlah layan cerita tamil), tapi asyik berebut remote control dengan akid, akhirnya ucu betul2 menyantaikan badan terus zzzzzzzzzzzz.

Kali ni ucu buatkan Golden Chiffon yang diambil resipinya dari buku resipi 'The  Joy Of Baking'. Selalu tu ucu buat chiffon yang biasa2 ajer, tapi kali ni buat yang ada kelainan sikit dari segi cara sahaja, bahan tetap sama.
 Ucu buat 1/2 aduan sahaja. Rasa menyesal pun ada sebab tak cukup, lain kali kena buat 1 adunan. Bukan ape selalunya ucu lah yang tukang menghabiskan kek2 macam ni ..rakyat kat rumah ni  kalau tengok kek yang tak de coklat pandang pun malas, apalagi nak menyuap ke mulut. 


Tapi kali ni tak disangka-sangka sekali hadap jer dah licin...sedap dan lembut kata anak2 n Pak Su..(Pak Su kurang makan kek - nak jaga air bag kat perut tu katanye...hihihi )


Ini resepi dan bahan2 yang ucu gunakan ...

GOLDEN CHIFFON
Rujukan : The Joy Of Baking

Bahan-bahan 

Bahan A
55 gm butter
55 gm tepung kek
60 gm susu segar
5 biji kuning telor (A)
1 biji telor
1/2 st esen vanila

Bahan B
5 putih telor (A)
110 gm gula
1/2 st cream of tar tar

Cara-cara 
  1. Cairkan butter dalam periuk, padamkan api dan masukkan tepung kek sedikit sedikit -kacau
  2. Biarkan sejuk
  3. Masukkan sedikit demi sedikit - 1 biji telor, telor kuning, susu segar, esen vanilla - teruskan gaul dengan senduk
  4. Putar bahan B sehingga kembang
  5. Masukkan bahan A kepada Bahan B - kaup balik menggunakan senduk
  6. Masukkan kedalam loyang tanpa diglis
  7. Bakar  pada suhu 175-180C  selama 40 minit atau sehingga masak.


Menurut dalam buku  resipi ni...kek ini juga dikenali sebagai Nagasaki Castella atau Kek Chiffon Jepun. Jika  kek ini dikukus ia mempunyai isipadu yang lebih tinggi tetapi rasanya seperti telor kastad.

Lain kali ucu nak cuba versi kukus pulak. Selalunya bila makan kek ni mesti ada air, takut tercekik. Tapi untuk kali ni tak payah ada air pun ok.  
Tapi ada gangguan sikit..lihatlah tangan kat bawah ni...kek ni siap dicelup dalam air lagi, bukan tangan ucu ye, tapi tangan anis, anak dara ucu. Dia kata " tak dapat jadi model kt blog ibu..jadi model tangan pun jadilah...(ayat jelous kt akid sebenarnya..)



Okey ucu stop dulu ...
wassalam.

Rabu, 26 Oktober 2011

WW - Limau (dolu-dolu) yang dipandang sepi..






..

Selasa, 25 Oktober 2011

Sweet Seventeen - Nur Iza


Assalamualaikum wbt...
Salam Selasa....

Tak sabar nak tunggu esok....lambatnya lah petang, (padahal jam baru 10.15am). Mentang2 lah esok raya  depavali, dah tak sabar dah nak menyantaikan diri..lepak2 depan tv tengok movie tamil. Heeiii seronoknya...cepatlah petang, kalau minta cuti 1/2 day ni , agak2 dapat tak ye..? 

Kali ni ucu buatkan kek birthday untuk cucu yang dah remaja pulak, Nor Iza yang akan menduduki SPM, 14/11/2011 kalau tak silap. Mak dia minta yang simple2 je..jadi inilah hasil kejadiannya, kek coklat moist pastu letak ganache  kat bawah cocktail. 








Inilah cucuku yang memang pantang nampak camera....Nur Iza (tudung maroon) dengan makcik kpd iza merangkap anak sedara ucu, Rozzana (tudung pink)
Nenek doakan (dah tua sangat kah aku..????) iza mudah menjawab semua soalan exam nanti dan jadilah anak yang solehah serta selalu membahagiakan ayah n ibu.

Akhir kalam..ucu ucapkan selamat menyambut depavali 
dan esok cutiiii......



Isnin, 24 Oktober 2011

Nasi Lemak Sardin



Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera dan salam ceria dipagi Isnin....

Walaupun semalam cuti dan petangnya hujan tapi pagi ni mood ucu  bagus sekali tidak sekali2 terbawa2 angin malas yang sememang nye dah bertandang dari petang ke malam. Nak jadi pekerja yang berdedikasi dan rajinlah katakan, (ceh wah..) harap2 semangat ni sampai  ke petanglah..takut2 sampai pukul 1.00 jer pastu breakdown....(selalunye macam tu...kwang..kwang..kwang...)

Kalau K.Amie cayang masak nasi lemak utara semalam (ahad) hari ni ucu masak nasi lemak sardin pulak ..(ayat tak nak mengalah ni..hihihi)
Biar kita sama2 tambah kolestrol ye k. Amie.... Kadang-kadang asyik makan nasi lemak yang basic jer boring juga..kali ni ucu buat lauk tambahan sikit, lauk sardin.  


Ucu buatkan sambal untuk kawan-kawan yer..walaupun masak main campak2, tapi kalau tersilap campak mau masuk ke mata sambal tu...dah susah. Tapi ada satu petua, org dolu2 kata..kalau cili termasuk ke dlm mata, cepat2 makan secubit garam pastu baca Selawat Ke Atas Nabi, Insyaallah cepatlah hilang pedih tu...pada kekawan yg tak caya dengan pehtua ni, boleh dicuba...free...ucu tak minta bayaran pun...cubalah..cubalah...

















Selalunya resipi sambal yang ucu buat ni simple ajer...

Resipi Sambal Bilis
  1. Cili giling  - ikut banyak mana 
  2. 2 biji bawang besar *
  3. 4 biji bawang merah *
  4. 4 biji bawang putih *
  5. 1 inci belacan + air
  6. Garam
  7. Gula
  8. 2 sudu  besar bilis goreng

Cara-cara
  1. Tumis bahan yg telah dikisar (*) sehingga kekuningan
  2. Masukkan cili giling sehingga naik bau
  3. Kemudian masukkan air belacan
  4. 2 sudu bilis tadi diblander dan kemudian masukkan kedalam sambal 
  5. Bubuh garam + gula
  6. Masak sehingga keluar minyak dan betul masak



Lengkaplah sudah, ucu makan dulu yer...
Wassalam.....




Ahad, 23 Oktober 2011

Happy 2nd Anniversary - Azatie & Lina_PG


Tahniah 

 2 Blooger yang meraikan 
ulangtahun ke 2  
Blog masing2

AZATIE


♥AZATIESAYANG♥



[imagesCABPPMNM.jpg]
15 oktober




Teratak Mutiara Kasih

[me+&+my+laling+raya.jpg]
22 oktober





Tahniah 
 Happy Birthday 

Azatiesayang 
Teratak Mutiara Kasih

Semoga terus maju di arena maya ,
terus menulis dan berkarya.......


Jumaat, 21 Oktober 2011

Aiskrim Goreng



Assalamualaikum wbt...
Salam ceria dipagi Jumaat....

Hari, ni hari terakhir menu dari roti untuk bulan ni la...aiskrim goreng. Mula-mula dengar aiskrim goreng ni 2@3 tahun yang sudah, rasa macam pelik sesangat..jenuh membayangkan macamana rupe paras aiskrim yang dah digoreng ni. Anak2 bila balik sekolah selalu merengek nak beli (masa tu ada org jual dekat kawasan sekolah), tapi dia punya harga punya lah mahal RM 3.00. Bayangkanlah kalau 3 orang dalam satu masa dah RM 9.00 ...belum lagi duit belanja sekolah..hiss..hiss..kopak tayar bas kalau hari2 minta benda ni. Itu kisah dolu2, masa jahil lagi nak cari resipi kat internet. 

Dan sekarang lihatlah hasil kerajinan menjenguk dapur kt tenet...inilah percubaan pertama ucu. Resipi ni ucu ambik dari myresipi..tapi dah x ingat siapa empunya resipi ni (minta maaf banyak2), sebab masa buat ni main ingat kat kepala jer tak buat copy paste pun..


Buat aiskrim goreng ni kena banyak bersabar dan cepat, sebab aiskrim akan mudah cair kalau kita buat dengan lemah gemalai...jadi kena lah tukar rentak lemah lembik tu kepada gelek Inul Darsitha (betul ke ejaan ni..) . Rasanya...emmmm amat2 sedap...panas diluar tapi sejuk didalam...

Aiskrim Goreng

  1. Bahan-bahan
  2. Roti - tak kira brand apa
  3. Ais krim 
  4. 1 sudu tepung jagung
  5. Sedikit air - utk bancuhan tepung jagung
  6. Penggelek 


yang belum digoreng
Cara-cara :
  1. Gelek roti tadi sehingga nipis
  2. Kemudian bubuh airkrim ditengah2 roti dan tutup semula dengan roti yang lain
  3. Sapukan air jagung dihujung roti - tujuan supaya melekat
  4. Dan akhir sekali tekan dengan garpu  dihujung roti tadi
  5. Simpan dalam peti ais (beku) selama 1 malam 
  6. Goreng dengan minyak yg banyak tapi pastikan api jgn terlalu besar



Aiskrim goreng ni ucu buat khas untuk Cikgu Nuwairani  cayang  di Kinabatangan, Sabah, semoga dipagi nan ceria ini cikgu pun seceria  matahari yg memancar jangan mendung-mendung lagi yek. 

Kengkawan yang lain pun jemputlah cuba....
Sodap hingga menjilat jari...

Oklah ucu nak tutup pintu dulu..sapa cepat dia dapat..sapa lambat pun dapattttt....

Wassalam



Khamis, 20 Oktober 2011

Roti Sardin


Assalamualaikum wbt...
Salam Khamis...

Hari ni menu berasaskan roti lagi. Roti sardin kegemaran Akid, kalau boleh hari-hari dia nak roti ni. Kadang2 jer ucu ikut kemahuan dia. Dan macam biasa kalau ucu masak dialah yang rajin  tolong, sibuk nak  hancurkan telorlah, pastu sibuk nak celupkan roti dalam telor pulak, disebabkan terlebih tolong  kekadang ucu naik sebel jugak..aduhai..anak..anak...

Inilah hasil kejadian JV (joint venture) anak beranak kat dapur semalam....


Ini bahan-bahan yang ucu gunakan. Masak sardin macam biasa, ucu malas nk taip cara2 nak masak, jadi tengok gambar pun dah tahukan.


Resipi Roti Sardin
Olahan : http://ucubakery.blogspot.com/
  1. 5 biji telor
  2. 10 keping roti 
  3. 1 tin kecil sardin 
  4. Bawang merah/bawang besar
  5. Secubit garam
  6. Cili giling - tak bubuh
  7. Minyak utk menggoreng





Dah siap.....baca doa sebelum makan dulu...
 للَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (ehsan pak cik google)

dah kenyang jangan buat-buat tak ingat pulak, 
bacalah doa selepas makan ye...
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِ (ehsan pakcik google)

Wassalam...





Rabu, 19 Oktober 2011

Roti John Bajet



Assalamualaikum wbt...
Salam Rabu.

Ucu nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kat Pak Su kerana telah meringankan tulang 4 kerat untuk menyediakan hidangan minum petang kami sekeluarga hari minggu (ahad) tadi. Lagi satu rasanya memang sesuai pun kot orang lelaki yang masak sebab nama JOHN tu kan nama lelaki.....jadi tukang masak pun kenalah sewaktu dengannya.
Di tambah pulak ucu tak payah dah nak sengal2 fikir nak masak ape, lagipun tangan dah siap sapu losyen sayanglah pulak  nak bagi  basah balik....hihihi (angin mengada dah sampai..)

Lihat lah hasil kejadian roti john ni....


Ucu tuliskan bahan-bahan dengan cara2 masak yang Pak Su guna....


Roti John Mini
Olahan : http://ucubakery.blogspot.com

Bahan-bahan ;
  1. Roti John - tak kisah nak guna brand ape
  2. 10 biji telor - 
  3. 3 sudu besar serbuk kari
  4. Daging burger - dihancurkan 
  5. Timun/Tomato/bawang
  6. Secubit garam


Cara-cara
  1. Kacau telor bersama serbuk kari + secubit garam
  2. Masukan bawang(dipotong nipis2)  + daging burger
  3. Ambil sesenduk bahan tadi dan ratakan diatas kuali, kemudian letakkan diatas nya roti john
  4. Pastikan api jangan terlalu kuat..nanti hangit.





Kalau en hubby mieza cayang suka yang hitam pada kuih bakar yg  mieza buat tu,  ucu pun tak kisah lah  jugak ada yang hangit pada permukaan roti yang Pak Su buat ni.....janji  sodapppp..... 

Oklah ye ...esok menu roti  lagi...biar kengkawan boring   asyik2 roti..roti..roti.....

Wassalam......









Selasa, 18 Oktober 2011

Selangor VS Terengganu Lagi


Assalamualaikum wbt....
Salam Selasa....

Bertepatan dengan tajuk entry kali ni..Selangor vs Terengganu, malam ini secara live akan ditontonkan kepada kengkawan yang kaki bola (kalau ada ehsan dr tv lah...kalau x de terpaksalah pegi stadium) untuk perlawanan  Separuh Akhir di Stadium Shah Alam (harap2 menanglah, sebab bila masuk final ucu n keluarga mesti le ada kat stadium). Sebenarnya kami sekeluarga lebih suka tengok bola kat stadium, pantang ada  perlawanan mesti pegi, tapi malam ni tak dapat pegi lah pulak, sebab Anis tengah periksa akhir tahun. Tak tergambar betapa seronoknya masa tu kalau Selangor dapat masukkan gol...biasanya ucu relax aje tapi bila dah gol boleh jadi tak ingat donia...... 

Dan dengan itu juga (macam emcee la pulak ayat) lihatlah gambar2 dibawah  sempena hari lahir Adik Che Azri Haziq  (17/10/2011) anak sulung kepada pasangan  Che Azrizal dan Pn Rosmadalena  yang jugak kebetulan si ayah dari Terengganu dan si ibu dari Selangor...





Disebabkan adik Haziq ni terlalu minat bermain bola, jadi untuk celebrate kali ni ibunya minta ucu buatkan kek tema padang bola...dan lihatlah hasil kejadiannya...















Gambar ehsan dari En.Che Azrizal (FB) terima kasih banyak2 ...

Untuk adik Haziq, auntie doakan Haziq menjadi anak yang soleh taat pada perintah Allah, taat kepada kedua ibu n ayah, dan semoga dimurahkan rezeki..Amin Ya Rabbal Allamin.....
dan kepada En Rizal n Pn Lena, terima kasih sudi tempah kek dari ucubakery.

Okey lah stop dulu...KASI GEGAR ITU STADIUM...
HIDUP SELANGORRRR.....




Isnin, 17 Oktober 2011

Roti Jala


Assalamualaikum wbt...
Salam Isnin...

2 hari cuti tak berentry..dah jadi cuti wajib lah pulak sejak dua menjak ni...mentang-mentanglah tuan tanah gedaung cuti, entry pun ikut cuti jugak...sebab sabtu n ahad adalah hari menyervice   rumah...

Walaupun penat...tapi ucu sempat juga buatkan roti jala dimakan dengan kari ayam untuk minum petang permintaan Pak Su... 
Bahan  dengan cara buat memanglah tersangat senang...tapi yang tak berapa nak senang tu masa masak memang panjang, nak-nak kalau buat sampai 1 kg tepung, mau kejang kaki berdiri lama-lama...tak caya? cuba lah buat sampai 1 kg baru tahu lenguh ke tidak...TAPI kalau buat dengan niat ikhlas untuk anak2 n suami, tak kan  buat 2 @ 3 kg pun merungut kot, nak2 kena puji, kembang semangkuk je hidung tu, lenguh pun tak rasa...


Ucu cakap jer lebih sebenarnya, ucu pun buat 1/2kg je...itupun dah banyak..boleh sampai ke malam lagi..dah tak payah makan malam dah...

Ni ucu turunkan bahan, cara masak dengan petua2nye sekali.. kalau rajin tulislah..tapi kalau terlajak malas copy paste jah..no hal lah...

Resipi Roti Jala
Olahan   Ucubakery

Bahan-bahan

  1. 1/2 kg tepung gandum
  2. 3 cawan air
  3. 1 biji telor
  4. Secubit garam 
  5. 1/2 sudu minyak
  6. Pewarna kuning/serbuk kunyit
  7. Acuan roti jala


Cara-cara

  1. Satukan tepung + telor+garam bersama air- bancuh jgn pekat n jgn terlalu cair
  2. Masukkan warna / serbuk kunyit
  3. Bubuh minyak kedalam bancuhan tepung tadi


Petua
* tujuan minyak dicampur terus kedalam bancuhan tepung supaya masa masak roti jala ni nanti  tak melekat dan jangan bubuh minyak lagi kat kuali masa masak.


Jemput makan.....esok kita makan roti lagi ye...tungguuuuuuuuuu....wassalam.


p/s.......
teringin nak guna acuan yang 3 lubang tu..jenuh cari tapi tak jumpa jugak...

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...